About Me

Print Album Mudah Dengan Photobook Malaysia

Pernah print album gambar guna online? Sebelum nih selalu saya tengok viral kat Facebook orang print album gambar guna Photobook. Pernah try sekali untuk print album kenduri anak saudara, dan cuba lagi sekali untuk bagi hadiah kat pelajar pertukaran dari Korea kat sekolah saya, Arirang Jo. Rasa rugi pulak kalau knowledge tu tak dikongsi dengan orang lain. So jom tengok tutorial mudah camana nak print album gambar Photobook Malaysia!


Print Album Gambar Mudah Dengan Photobook Malaysia
Print Album Gambar Mudah Dengan Photobook Malaysia


1 - Apps Photobook Malaysia
Ada banyak kaedah nak print album gambar Photobook nih. Boleh guna website juga. Tapi saya gunakan aplikasi di telefon pintar sebab rasa yang ini lebih mudah, dan lebih senang saya nak buat kat mana-mana. 


Download Apps Photobook Malaysia di Google Playstore
Download Apps Photobook Malaysia di Google Playstore

Tapi sebelum tu, saya dah siap-siap edit gambar guna Powerpoint mengikut macam yang saya nak. So gambar tu nampak lebih proper lah kedudukan dan juga design pun ikut citarasa kita lah kan.


2 - Pilih Produk
Bila bukak je aplikasi Photobook nih, dia terus bagi anda pilihan album camna yang anda nak hasilkan. Ataupun sekadar nak print gambar saja, atau macam-macam lagi lah pilihan yang termasuk nak buat kalender kalau berminat. Untuk yang ini saya ambil, Simple Books.


Pelbagai pilihan yang ada di Photobook Malaysia
Pelbagai pilihan yang ada di Photobook Malaysia

3 - Pilih Saiz
Selepas dah pilih produk yang camana anda nak, boleh pilih pulak saiz yang anda berkenan. Macam-macam pilihan juga ikut selera anda. Untuk album gambar kenangan dengan Arirang nih, saya pilih album gambar bersaiz 6 X 6


Pilih saiz album gambar yang anda suka
Pilih saiz album gambar yang anda suka


4 - Pilih Gambar
Langkah seterusnya adalah pilih gambar daripada koleksi gambar anda. Yang bestnya, dia bukan setakat gambar dalam galeri smartphone anda saja, tapi juga boleh ambik daripada Instagram dan Facebook anda! Senang lah kan. Sebab kadang-kadang gambar kat Instagram dan Facebook tu dah tak save kat phone. Jadi untuk option nih memang terbaik.




Koleksi gambar untuk Photobook Malaysia



5 - Susun Gambar
Selepas dah pilih, aplikasi akan terus sort gambar ikut pilih kita tadi. Siap ditunjukkan sampel lagi, camna album gambar tu nanti. Kedudukan gambar dan cover semua apa sampai ke mukasurat belakang. Jadi dah dapat gambaran lah album tu jadi macammana nanti. Maka kalau ada nak buat perubahan, boleh lah susun semula gambar-gambar tadi ikut minat dan kehendak anda. 


Boleh susun gambar mengikut kesukaan anda

Boleh susun gambar mengikut kesukaan anda



6 - Tebus Baucer
Sebelum buat bayaran, aplikasi akan tunjuk details akhir, termasuk pembayaran, kos penghantaran dan kuantiti album yang anda nak print.  Nih yang part penting nya. Iaitu jangan lupa masukkan KOD BAUCER untuk dapatkan harga istimewa daripada Photobook. Boleh search KOD BAUCER tu kat Google untuk dapatkan harga terbaik.


Jangan lupa masukan kod baucer Photobook untuk tebus dengan harga istimewa



Untuk yang nak gunakan kod berulang kali, saya sarankan anda buat satu persatu. Bagi album gambar bersaiz 6 X 6 dengan kulit tebal dan 26 mukasurat, saya hanya perlu bayar sebanyak RM14.00. Kos pos RM8.00, maka harga album hanyalah RM6.00. Murah lah kan?



7 - Buat Pembayaran
Selepas dah dapatkan harga terbaik, maka boleh lah terus buat bayaran. Bayaran boleh dibuat dengan pelbagai kaedah, termasuk online banking dan juga kad kredit / debit. So mudah lah kan. Selepas bayar, album gambar tadi akan diupload secara automatik ke server Photobook.



Pelbagai pilihan pembayaran untuk Photobook Malaysia
Pelbagai pilihan pembayaran untuk Photobook Malaysia


8 - Semak Penghantaran
Selesai semua, anda boleh semak status album gambar anda, sama ada sudah dicetak, atau sudah dihantar menggunakan Poslaju. Kebiasaanya proses akan memakan masa lebih kurang 5-7 hari bekerja bergantung kepada lokasi anda. 


Saya akan kongsikan gambar album ini jika sudah menerimanya nanti. Saya buat dua unit, satu untuk dihadiahkan kepada Arirang, dan satu lagi sebagai simpanan saya untuk kenangan. Beberapa guru lain juga berminat menjadikan album gambar ini sebagai koleksi simpanan mereka. 



Print Album Mudah Dengan Photobook Malaysia

Print Album Mudah Dengan Photobook Malaysia




Setakat sekarang, memang saya berpuas hati dengan kualiti dan servis daripada Photobook Malaysia. Saya pun tengah merancang nak simpan koleksi gambar-gambar saya melancong tu dalam bentuk camni. Mesti menarik kan?

Semoga tutorial mudah ini membantu anda untuk mencetak album gambar dengan gunakan Photobook. Untuk anda yang belum pernah lagi, sila lah cuba. Mana tahu, anda nanti pun jadi ketagih nak print gambar online camnih. Hehehhe




Catat Ulasan

0 Ulasan