.

.

Ahad, 10 Jun 2018

Idea P&P Sains : Ekstrak Minyak Kelapa Sawit

Dalam topik pembelajaran Sains Tingkatan 5, murid diperkenalkan dengan penghasilan minyak kelapa sawit secara industri. Disebabkan kawasan tempat tinggal murid saya yang dipenuhi sawah padi, dan jarang ditemui kelapa sawit, maka satu aktiviti menarik telah dirancang bagi memberi pengetahuan kepada murid. 


Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal
Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal

Aktivitinya mudah saja, iaitu mengekstrak minyak kelapa sawit di dalam makmal. Aktiviti simulasi ini memberikan satu pengalaman hands on kepada murid. Murid seronok dan akan mampu ingat langkah ekstrak dengan lebih baik. Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana guru dapat mengaitkan setiap langkah di dalam makmal tersebut dengan langkah sebenar dalam industri. 

Boleh tengok langkah-langkah ekstrak minyak kelapa sawit seperti di bawah.


1. Bersihkan
Langkah pertama adalah bersihkan buah sawit. Ini termasuk menanggalkan buah daripada tangkainya serta daripada kotoran yang melekat.


Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal



2. Panaskan
Seterusnya panaskan buah sawit tersebut. Ini tujuannya adalah bagi mensterilkan (nyahkuman) buah sawit tersebut, di samping dapat melembutkan sabut dan buah sawit tadi untuk proses seterusnya.


Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal



3. Hancurkan
Langkah ketiga adalah memisahkan sabut dan biji sawit dengan cara menumbuk. Gunakan bekas yang sesuai. Untuk ini, kami gunakan lesung makmal.


Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal

Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal



4. Perahkan
Selepas semua sabut berjaya dipisahkan, kumpulkan dalam kain tuala kecil. Perah dengan hati-hati ke dalam silinder penyukat kecil dengan dibantu oleh corong turas. Bagi industri, proses ini adalah bersamaan dengan Proses Penekanan yang menggunakan tekanan hidraulik. 


Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal

Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit dalam makmal



5. Turaskan
Langkah akhir bagi ekstrak minyak kelapa sawit dalam makmal adalah dengan menuraskan hasil yang dikumpulkan tadi bagi membuang bendasing. Hasil ekstrak minyak sawit yang lebih bersih diperolehi. 


Bagi industri satu lagi langkah penting selepas ini adalah Proses Penulenan yang mana bagi mendapatkan minyak kelapa sawit yang lebih tulen, dengan bau dan warna. Anda boleh bandingkan lagi persamaan dan perbezaan antara proses ekstrak minyak kelapa sawit dalam makmal dan juga secara industri dengan merujuk carta alir di bawah.

 
Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit secara industri
Aktiviti ekstrak Minyak Kelapa Sawit secara industri


So mudah saja kan proses ekstrak dalam makmal nih. Saya rasa semua pun boleh cuba sendiri. Cuma di kawasan murid saya tinggal, nak mendapatkan biji kelapa sawit merupakan satu cabaran. Jadi terpaksa berpesan-pesan.

Bagi yang masih kurang faham, boleh tonton video di bawah bagi langkah yang lebih jelas.





Semoga perkongsian ini membantu untuk lebih banyak guru dan murid belajar mengenai proses penghasilan minyak kelapa sawit dengan lebih menarik. InshaAllah murid juga mampu mengingat langkah dengan lebih baik.




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan