About Me

HESA 2018 : Hari 3 (Misi ke Bulan)

Hari ketiga di US Space and Rocket Center nih, ada satu lagi aktiviti yang menarik. Untuk hari nih, kami berkumpulan dikehendaki menyelesaikan tugasan misi ke bulan yang dinamakan Orion Mission.

Tapi sebelum tu, Richard (instructor kumpulan KIBO) bawak kami meronda dulu di kawasan tersebut. Kali ini fokus utama kami adalah bagaimana ISS, International Space Station menjalankan fungsinya. 


Team KIBO happy dapat jumpa real KIBO
Team KIBO happy dapat jumpa real KIBO

Ruang khas untuk ISS yang disediakan memberikan cukup paparan yang terdapat di sana, eksperimen yang dijalankan di angkasa dan juga paparan live dari sana ke bumi. Bendera setiap negara yang menyumbang kepada penghasilan ISS, digantung megah di siling ruang tersebut. 

Selesai diberi penerangan, maka kami bergerak ke tempat lain replika ruang seperti di ISS. Baru lah tahu, rupanya nama KIBO tu adalah nama salah sebuah stesyen makmal negara Jepun yang ada di ISS. Jadi pakat berhimpun kat depan tu, dan lets take a selfie!


Simulasi International Space Station, ISS stesyen angkasa lepas
Simulasi International Space Station, ISS stesyen angkasa lepas

Kemudian bergerak ke bilik kawalan untuk sesi latihan simulasi bagi Misi Orion. Sedikit demo ditunjukkan bagaimana semua sistem beroperasi. Kumpulan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan utama, satu kumpulan di Bilik Kawalan Misi, 1 kumpulan di Payload dan 1 kumpulan menjalankan eksperimen di ruang angkasa.

Untuk Misi Orion nih, saya diberi tugas di Bilik Kawalan Misi sebagai EECOM, iaitu Electrical, Environmental Consumables Manager. Peranannya lebih kurang jaga persekitaran di sekeliling roket sebelum boleh terbang.


Latihan simulasi bagi Misi Orion
Latihan simulasi bagi Misi Orion

Antara jawatan lain yang ada di Bilik Kawalan adalah :

FD - Flight Director
GNC - Guidance, Navigation and Control System Engineer
PAYCOM - Payload Communicator
EGIL - Electrical Generation and Illumination Engineer
FDO - Flights Dynamic Officer
CAPCOM - Spacecraft Communicator

Yang saya kagumnya dengan fasiliti ini di US Space and Rocket Center nih adalah, simulasi dan butang-butang dia sebijik macam original, sama macam yang dikendalikan oleh pihak NASA. Memang real!

So boleh cuba bayang tak apa perasan budak-budak yang datang Space Camp kat sini, bila dapat peluang main dan bergembira dengan benda-benda camni? Dah lah excited boleh buat simulasi sebenar, mana lah taknya datang rasa minat dan keghairahan nak jadi angkasawan lepas nih.






Tandas di angkasa lepas
Tandas di angkasa lepas



Robo naut 2
Robo naut 2

Sesi semasa Misi Orion berlangsung dengan gembira. Rakan baik saya, Carlos dari Mexico juga berada di Bilik Kawalan, sebagai PAYCOM. Dok sebelah-sebelah, memang bestfriend betul. Hahaha. So memang enjoy sepanjang misi, sebab boleh ketawa sepanjang misi berlangsung. Siap sempat tangkap gambar lagi. 


Selesai di sana, kami bergerak semula ke dewan ceramah. Kali ini adalah bagi perkongsian mengenai kenderaan yang digunakan untuk membawa misi ke angkasa. Jika sebelum ini kita hanya pernah dengar mengenai Space Shuttle, tetapi Amerika Syarikat kini juga mendahului negara lain dengan memperkenalkan sistem pengangkutan angkasa yang baharu, iaitu SLS.





SLS merupakan singkatan kepada Space Launch System. SLS nih merupakan masa depan bagi teknologi pengangkutan bagi misi ke angkasa. Ini kerana, kosnya yang lebih efektif dan struktur yang lebih mudah konsepnya, maka SLS dijangka akan menggantikan teknologi yang sedia ada.

SLS terdiri daripada struktur asas dengan dibantu oleh dua silinder bahanapi sebagai tenaga utamanya. Manakala bahagian putih itu merupakan struktur yang boleh diubah dan disesuaikan dengan tujuan misi pelancaran tersebut. Kiranya lebih universal, dengan lebih banyak pilihan misi.


Space Launch System, SLS
Space Launch System, SLS

Yang bagusnya pembangunan di Amerika Syarikat mengenai roket dan angkasa ini adalah, hampir setiap negeri di sini (50 buah semuanya), mempunyai cawangan yang bertanggungjawab membangunkan teknologi roket dan angkasa masing-masing. Setiap negeri terlibat dengan penghasilan dan peranan tertentu. Bagus kan?

Dan satu lagi perkara yang saya mula perasan dalam setiap pembentangan semua penceramah menyediakan slide rujukan pada akhir slaid bagi membantu peserta mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara yang diceritakan. InshaAllah saya juga akan buat benda yang sama selepas ini.


Slaid rujukan sentiasa menjadi slaid terakhir
Slaid rujukan sentiasa menjadi slaid terakhir
Satu lagi kemuncak pada hari ini adalah perkongsian daripada Ed Buckbee, atau juga merupakan salah seorang the Real Space Cowboy. Beliau merupakan orang yang sangat hebat. Pernah bekerja dengan Alan Shepard, angkasawan Amerika Syarikat yang terkenal bagi misi Mercury 7. 

Tapi jasa beliau yang paling diingat adalah atas usaha beliau lah yang memungkinkan berjalannya Space Camp di Amerika Syarikat ini. Bukan saja di US, malah juga Space Camp yang berlangsung di Jepun, Belgium, Itali dan juga Kanada. 



Ed Buckbee, atau juga merupakan salah seorang the Real Space Cowboy
Ed Buckbee, atau juga merupakan salah seorang the Real Space Cowboy


Dalam perkongsian beliau, banyak menceritakan mengenai pengalaman beliau bekerja untuk NASA, bekerjasama dengan Alan Shepard dan juga bagaimana usaha Presiden Amerika pada ketika itu, iaitu JF Kennedy yang banyak memainkan peranan dalam penjelajahan angkasa pada ketika itu. 

Teringat dengan satu kata-kata JF Kennedy yang beliau petik, iaitu "Penjelajahan angkasa ini kita lakukan bukan kerana ia nya adalah perkara yang mudah. Tetapi kerana ia akan mencabar kita untuk ke tahap yang kita sendiri pun tak jangka"

Selepas sesi bergambar kumpulan dengan Ed Buckbee, kami bergerak ke bilik membuat roket. Di sini konsepnya lebih kurang macam roket yang kita mintak pelajar kita kat Malaysia hasilkan. Tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu biasanya kita di sini gunakan tekanan untuk melancarkan roket ke udara, tetapi di sini mereka gunakan bahanapi yang akan dibakar.



Roket dengan ada sumbu besi
Roket dengan ada sumbu besi

Roket yang perlu dipasang tersebut, hanya memerlukan sedikit modifikasi daripada kami bagi membolehkan ianya terbang. Sampai separuh jalan, masa pun tamat. Maka esok akan diusahakan lagi roket tersebut dengan beberapa kriteria yang kami perlukan. 

Klu daripada instruktor adalah, bukan setakat kena hasilkan roket, sebaliknya juga perlu mengambil bacaan daripada roket tersebut. Barulah ianya bukan sekadar sains. Tetapi sebaliknya adalah lanjutan daripada sains, teknologi dan kejuruteraan. 

Jadi tunggu esok untuk apa yang bakal mereka kongsikan lagi dengan penghasilan roket tersebut. 


Happy weyh boleh naik simulasi multi axis trainer nih



Sebelum berakhirnya hari ketiga ini, kami dibawa ke tempat simulasi multi axis trainer. Tengok alatan yang ada tu, memang cukup canggih giler. Ala-ala macam simulasi kat angkasa. Seronok juga bila diguling-gulingkan dalam trainer tersebut. 

Cuma masa yang terhad menyebabkan juga sebaik saja orang terakhir selesai, maka kami terus balik ke penginapan di University of Alabama Huntsville. Jumpa esok ok!





Catat Ulasan

0 Ulasan