About Me

Semai Minat STEM dengan Permainan mySTEMville

Baru-baru ini saya berkesempatan ikut serta dalam Kolokium STEM Zon Sarawak yang diadakan di UNIMAS, Sarawak. Dijemput sebagai salah seorang pengendali bengkel hands on bersama 9 orang guru hebat lain, peluang ini juga saya gunakan untuk mempromosikan buku tulisan saya yang terbaharu, STEM : Amalan Terbaik Bilik Darjah.


Semai Minat STEM dengan Permainan mySTEMville
Bersama Encik Faizal, Pegawai BTP bagi mempromosikan mySTEMville




Banyak agensi dan sekolah yang turut serta, termasuklah bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut sama menjalankan inisiatif STEM di Malaysia sepanjang tahun 2017 hingga 2018. Antaranya adalah Bahagian SBP dan SKK dengan Video STEM KPM dan Modul Multimedianya.

Tapi yang paling menarik perhatian saya pada kali ini adalah inisiatif STEM yang dimainkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, iaitu dengan penghasilan aplikasi permainan mySTEMville.








Memang saya suka sangat!! Sebabnya usaha ini sangat sesuai dengan trend budak zaman sekarang yang memang suka main games di telefon pintar masing-masing. Selain daripada menyediakan games yang bercirikan STEM, kandungan nya juga adalah bersifat lokal, iaitu sesuai dengan kandungan Malaysia.

Jadi mak ayah dan cikgu cikgu dah boleh ambil peluang ini untuk install kat smart phone masing-masing supaya boleh digunakan bagi tujuan menanam minat pelajar kepada bidang STEM. Mudah saja, download di Google Playstore, dengan membuat carian "mySTEMville". Pasang dan berhiburlah dengan hiburan STEM anda!

Buku tulisan Cikgu Hailmi
Dapatkan buku STEM di pasaran




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Great news! We’re a reliable custom writing service that connects students in need of high-quality writing with informative and persuasive speech topics and editing help with top-rated academic writers. Also, don’t forget about good grades that will become possible once you make your first order on our site.

    BalasPadam