.

.

Ahad, 17 Disember 2017

Trip ke Vietnam Hari 2

Hari kedua kami peruntukkan untuk shopping sakan di Ben Thanh Market. Sebab semalam dah decide perancangan kami, hari kedua shopping, hari ketiga jalan-jalan. So kalau nak tempah baju yang sehari siap tu ka, atau ada lagi barang tertinggal blom beli, masih sempat nak cari pada hari ketiga dan hari akhir.



Kedai Makan Halal
Sebelum shopping sakan kat Ben Thanh, kami menjamu selera dulu di Malaysia Street. Sini tak perlu bimbang, sebab penuh dengan kedai makan halal.


Harga makan untuk satu hidangan di sini adalah dalam lingkungan VND60,000 hingga VND120,000. Iaitu lebih kurang dalam RM10 - RM20. So bagi yang nak berjimat, sila bawak bekalan makanan dari Malaysia ok!

Kedai favourite kami adalah di Kedai Hajah Basiroh. Selain daripada lebih murah, pekerja kedai nih pun ramai yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Mereka juga menerima duit Malaysia.


Kebetulan pula semasa kami makan tengahari di situ, ada taukey kedai, iaitu Hajah Basiroh sendiri yang sedang ditemuramah oleh wartawan akhbar Vietnam.


Beliau kemudiannya datang berbual dengan kami. Rupanya baru lah tahu sedikit sejarah mengenai Hajah Basiroh yang merupakan bekas Qariah yang selalu mewakili Vietnam untuk acara Tilawah Antarabangsa di Kuala Lumpur.


Shopping Sakan di Ben Thanh
Acara seterusnya adalah shopping sakan di Pasar Ben Thanh. Kegemaran lah bagi orang perempuan. Sebab kain baju semua ada dan sangat murah jika dibanding di Malaysia.


Tapi hati-hati sebab oleh kerana Ben Thanh memang kawasan tumpuan pelancong, maka kadang-kadang harga awal diletakkan sangat tinggi. Jadi, tawar menawar lah sehingga kurang separuh dari harga diberi.

Di sini jugak urusniaga dijalankan dalam Vietnam Dong (VND), US Dollar (USD) dan Ringgit Malaysia (RM). Senang sungguh bila duit kita diterima di sini. Mudah nak pikirkan harga sesuai dengan barang tanpa perlu tukar kepada nilai lain.


Di sini saya aim untuk buat suit lengkap. Saya belum ada, dan memang berhajat untuk buat di sini, kerana harganya yang sangat murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Jika di Malaysia, harga sepasang suit lengkap mungkin mencecah sehingga RM600 - RM800, di sini anda hanya boleh dapatkan sekitar RM220 - RM250. Skil tawar menawar perlu hebat ya untuk harga lebih murah.

Dan yang bestnya lagi, sebab suit tersebut dapat disiapkan dalam tempoh satu hari saja. Siap hantar ke hotel lagi. Memang terbaik!


Selain daripada kain baju, anda boleh juga lihat pilihan beg dan pakaian lain. Saya kurang berminat, jadi saya tengok sepintas lalu sahaja barangan tersebut.

Ada juga yang menasihatkan supaya membeli sewaktu pasar malam lebih murah berbanding di Ben Thanh. Pasar malam di kawasan sekitar bangunan Ben Thanh jugak, cuma bermula pada jam 6 petang.


Jangan lupa juga cuba kopi Vietnam yang ada di sekitar jalan-jalan anda tu. Tak perlu bimbang sebab sangat ramai orang Malaysia berada di Ben Thanh!


Water Puppet
Kemudian pada jam 4.30 petang, saya meneruskan misi saya untuk melihat persembahan tradisional Vietnam sejak abad ke-12 lagi, iaitu water puppet.


Lokasi Golden Dragon Water Puppet ini terletak lebih kurang 1.2 km dari hotel saya, ataupun lebih kurang 600m dari pasar Ben Thanh.

Rancangan awal saya ialah mencuba Grab Motor yang tiada di Malaysia. Tapi lama juga menunggu, sekalipun mengikut apps Motor saya sudah sampai. Maka saya cancelkan, dan terus berjalan kaki menggunakan panduan daripada Google Maps.


20 minit juga saya berjalan kaki, akhirnya sampai lah ke teater tersebut. Pelancong lain sudah memenuhi teater. Saya beli tiket masuk yang berharga VND 230,000, iaitu lebih kurang RM40. Walk in saja, tak payah booking online atau melalui ejen.

Pastikan ketibaan anda tepat dengan masa persembahan kalau tak nak lama menunggu. Masa tayangan adalah pada jam 5.00 petang, 6.00 petang dan 6.30 petang. Timing mesti cun ok!


Secara keseluruhannya, persembahan 45 minit ini menceritakan mengenai kehidupan seharian masyarakat petani Vietnam. Sekalipun menggunakan bahasa Vietnam sepenuhnya, ada juga ketikanya saya ketawa melihat telatah boneka tersebut.

Menariknya, persembahan boneka ini tidaklah seperti boneka lain yang biasa saya tonton. Ianya dipersembahkan di atas air, dengan para pemainnya berada di sebalik panel hijau. Juga berendam dalam air rasanya.



Seni persembahan kumpulan water puppet tersebut yang bermain alat muzik, menyanyi, membikin bunyian, dan bercerita cukup mengkagumkan. Nak sync yang nyanyi dan main muzik dengan pemain belakang tabir menggerakkan boneka juga adalah sesuatu yang cukup hebat. Tahniah untuk mereka semua.


Selepas selesai menonton, saya bergerak kembali ke Pasar Ben Thanh untuk bertemu ahli keluarga di situ. Shopping lagi mana mahu, dan akhirnya pulang ke hotel sebaik saja jam 8 malam.


Sempat juga melihat kesungguhan dan kerajinan orang Vietnam membuat persediaan untuk pasar malam mereka. Cekap, pantas dan kemas. Dalam hati sempat berkata, "bersungguhnya mereka cari duit.."


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan