.

.

Ahad, 12 November 2017

Kolokium STEM Zon Selatan 2017

Pada 11 November yang lalu, saya berkesempatan untuk menyertai satu lagi program berkaitan dengan STEM, iaitu Kolokium STEM bagi Zon Selatan yang dianjurkan di UTHM, Batu Pahat. 


Kolokium STEM Zon Selatan 2017


Terima kasih juga kepada KPM, melalui Dr Ihsan yang mempelawa saya untuk berkongsikan amalan terbaik STEM saya bersama warga pendidik di Selatan, yang merangkumi guru dari Melaka dan Johor. 

Dari Kuala Lumpur, saya bersama Cikgu Aman yang popular dengan Digital Inknya menuju ke Batu Pahat. Sempat juga kami bertemu dengan Puan Norwani, di Bahagian SBP dan SK Cyberjaya untuk mengambil bahan-bahan pameran bagi Video STEM KPM.







Sedikit berbeza dengan Kolokium STEM Utara di USM, Pulau Pinang; Kolokium STEM Zon Selatan ini memberikan lebih banyak peluang kepada warga guru sendiri untuk berkongsi pengetahuan STEM bersama warga pendidik. 

Antara guru lain yang terlibat bersama saya adalah, Cikgu Yasmin (Global Teacher Prize 2015), Cikgu Aman (Digital Ink), Cikgu Sarifah (GC Maths Jusa C) dan juga Cikgu Mohsin (Guru Video). 


Kolokium STEM Zon Selatan 2017


Sambil menunggu perkongsian untuk sesi break out pada sebelah petang, sempat juga saya berada di booth Video STEM KPM, bersama Cikgu Aman. Sempat juga kami berdua beramah mesra dengan pengunjung ke Kolokium STEM Zon Selatan ini. 








Oh ya. Untuk Zon Selatan ini juga, bahagian pameran dibuka untuk dikunjungi oleh orang luar yang tidak terlibat. Maka lebih ramai lah guru dan pelajar yang dapat manfaat daripada pameran yang diadakan. 

Saya sendiri juga sempat berkunjung ke booth yang disediakan. Memang menarik pameran STEM yang diadakan di sini. Paling menarik perhatian saya, tentulah pameran daripada adik-adik pelajar dari sekolah sekitar Melaka dan Johor. Memang terbaik lah diorang nih. Tahniah!














Sesi break out pada sebelah petangnya berlangsung di bilik tutorial yang terletak bertentangan dengan dewan utama UTHM. Sangat selesa, bersaiz besar, lengkap fasiliti dan juga berhawa dingin. 

Sesi saya dikendalikan oleh Puan Rudziah Fadil, yang juga merupakan seorang Guru Cemerlang Sains. Sangatlah baik hati orangnya, dengan tutur kata yang lemah lembut. Rasa sangat dialu-alukan di bumi Batu Pahat ini.





 
Bagi sesi saya, seramai hampir 40 orang guru terlibat. Saya masih menggunakan modus operandi yang sama, iaitu sesi bengkel hands on bagi aktiviti inkuiri untuk STEM, dengan dalam masa yang sama menerangkan elemen Pembelajaran Abad ke-21 pada setiap fasa yang dijalankan.












Kolokium STEM Zon Selatan 2017



Alhamdulillah sesi berjalan dengan lancar. Bengkel dua jam tersebut berakhir dengan sesi q&a daripada para guru dan pegawai JPN yang ada. Sudah tentu soalan tentang pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21, cabaran dan penyelesaian yang saya gunakan untuk membudayakannya di sekolah.




Kolokium STEM Zon Selatan 2017


Selesai saja sesi bergambar, saya terus bergegas balik menuju KLIA2 bersama Pegawai Sains Negeri Kedah, Encik Luthfi untuk perjalanan balik ke Alor Setar. Alhamdulillah, sempat saja kami kejar flight jam 8.30 malam tersebut, walaupun jam 4.30 petang baru bertolak dari UTHM Batu Pahat. 







Terima kasih untuk kenangan indah di Johor. Ada rezeki, pasti akan datang lagi!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan