.

.

Isnin, 17 April 2017

Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

Segalanya bermula apabila saya mendapat pelawaan daripada Cikgu Jarah, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Arara bagi membuat perkongsian dalam seminar di Kota Kinabalu, Sabah. Niat asal cuti sekolah mahu dimanfaatkan dengan hanya berehat sahaja di rumah. Tetapi bila ada peluang jauh sebegini, rasanya ok juga jika saya ambil peluang untuk sebuah pengalaman.


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

Maka pada tanggal 22 Mac saya bergerak ke Kota Kinabalu. Semuanya diuruskan oleh Cikgu Jarah, termasuk urusan penginapan. Sampai saja di KK, terus saya ambil peluang untuk bertemu dengan anak murid saya, Mujah yang sudah bekerja di sini sejak tiga tahun lepas. Apa lagi, makan malam tersebut dah tentu mewah dengan hidangan seafood yang memang cukup terkenal di Sabah.




Bersama Mujah, bekas murid semasa di Sarawak dulu

Hari Sabtu saya terus bergerak ke Dewan Putrajaya KK yang terletak berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah. Biasa juga lalu ke kawasan ini sebelum ini. Cuma tidak pernah untuk masuk explore-explore. Pertama kali jugak lah dapat datang ke kawasan Mini Putrajaya Sabah ini.


Dewan Seminar memang sangat selesa, dengan muatan hampir 500 orang. Excited juga saya nak bertemu dengan ramai rakan pendidik dari Negeri Di Bawah Bayu ini yang sebelum ini hanya banyak berhubung menerusi media sosial. Apatah lagi ini adalah kali pertama perkongsian saya di Sabah dengan tajuk Pembelajaran Abad 21.


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

Sesi berlangsung dengan baik sekali. Warga pendidik Sabah memang betul-betul fokus untuk menimba ilmu PA21 sebanyak mungkin. Tak terasa pula perkongsian dua jam, sehingga terpaksa berhenti rehat bagi minum tengahari. 


Masa rehat ini lah saya berpeluang untuk bertemu para guru  dengan lebih dekat. Dapat peluang berbual dengan mereka. Tak sangka saya rupanya ada yang sanggup datang dari Tawau, Sandakan yang jaraknya sejauh 6 jam perjalanan! Wahhh.. terharu sangat.




Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama Cg Mahani yang juga aktif mempromosikan PA21 di Sabah

Ini menunjukkan betapa warga pendidik Malaysia, khususnya di Sabah sangat komited dalam usaha untuk menambah ilmu dan tahap keprofesionalisme mereka dari masa ke semasa, sekalipun perlu membayar 'harga yang mahal'.


Sesi kedua diteruskan dengan perkongsian strategi PA21 melibatkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Menggunakan beberapa strategi popular seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay dan lain-lain bagi membuka minda para guru bahawa terdapat lebih banyak lagi kaedah yang sesuai. 


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah

30 minit terakhir pula dibukakan sesi Q&A daripada warga guru. Banyak juga soalan yang ditanyakan melibatkan pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh guru dalam membudayakan Pembelajaran Abad 21.

Nasihat saya mudah saja. Jika mahu bermula, maka mulalah dengan kawalan kelas menggunakan strategi yang lebih mudah. Jika sudah mahir dan berpengalaman, budak pun sudah biasa, maka bolehlah mencuba kaedah yang lebih complicated dan kompleks.


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah


Melihat pelaksanaan PA21 daripada luar, memang banyak perkara yang kita akan takut untuk hadapi. Tetapi sebaik saja kita mula melaksanakannya dalam bilik darjah, kemahiran kita akan semakin bertambah, terutama sekali dari aspek perancangan pdp. 


Saya melihat kumpulan warga pendidik Sabah ini memang sangat bersemangat dalam meningkatkan pengetahuan dan tahap profesionalisme mereka. Selesai sahaja majlis, ada saja lagi soalan dan permasalahan yang cuba mereka ajukan kepada saya untuk meminta pendapat. Tahniah! 


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Warga guru dari SMK Majakir

Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama warga pendidik dari Keningau

Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama warga pendidik dari Tawau

Pengalaman di Sabah ini merupakan satu lagi pengalaman unik perkongsian saya di serata tempat di Malaysia. Tak lain tak bukan, niat saya untuk memberikan perkongsian sebenar pelaksanaan amalan PdPc yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad 21 kepada lebih ramai warga pendidik Malaysia. 


Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Kota Kinabalu, Sabah
Bersama team Cikgu Jarah yang banyak membantu sepanjang seminar

Perkongsian daripada amalan, bukan teori semata-mata. Semoga dengan usaha meningkatkan kualiti pdpc guru-guru dalam bilik darjah, mampu melonjakkan lagi pencapaian murid kita dalam akademik khususnya. Amin!




2 ulasan:

  1. Tahniah Tuan Hailmi kerana berjaya mengadakan seminar tersebut di KK. InsyaAllah..ada rezeki tuan jenguk2 lah lagi kami di Sabah ya...

    BalasPadam