About Me

Penggunaan Cermin dan Contoh Alat Optik

Penggunaan cermin oleh kita adalah suatu perkara yang wajib pada setiap hari semasa mengemaskan diri. Tahukah anda bahawa ini adalah jenis cermin satah. Jadi sebenarnya ada berapa jenis cermin?

Imej sahih ialah imej yang terbentuk skrin, manakala imej maya ialah imej yang tidak dapat terbentuk pada skrin. Imej kita dalam cermin terbentuk di belakang cermin. Oleh itu, imej yang terbentuk pada cermin ialah imej maya.

jenis-jenis cermin
jenis-jenis cermin


cermin satah mengaplikasikan konsep pantulan cahaya. Sinar cahaya yang terpancar di atas cermin akan dipantulkan. 

pantulan sinar cahaya
pantulan sinar cahaya

Aplikasi Cermin Satah, cermin Cekung dan Cermin Cembung Dalam Kehidupan

aplikasi cermin satah dalam kehidupan
aplikasi cermin satah dalam kehidupan

aplikasi cermin cekung dalam kehidupan
aplikasi cermin cekung dalam kehidupan

aplikasi cermin cembung dalam kehidupan
aplikasi cermin cembung dalam kehidupan


Alat optik yang menggunakan konsep pantulan cahaya

PERISKOP- merupakan alat yang digunakan pada kapal selam untuk melihat keadaan di permukaan laut. Periskop mengaplikasikan sifat cahaya yang boleh dipantulkan. Cahaya dari atas permukaan laut dikesan oleh suatu cermin, kemudian dipantulkan oleh cermin lain dan menuju ke mata pemerhati yang berada di dalam kapal.

periskop
periskop


KALEIDOSKOP- merupakan alat  mainan yang dibuat dengan menggunakan cermin satah. Dengan alat ini, anda dapat membuat pelbagai bola yang mengagumkan. Pola-pola ini diperoleh kerana imej objek-objek di dalam kaleidoskop berkali-kali mengalami pantulan. Oleh yang demikian, jumlah imej yang kelihatan lebih banyak daripada jumlah objek.

Catat Ulasan

0 Ulasan