About Me

Apa Itu Campuran? Dan Kaedah Pengasingan nya?

Campuran terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal.

Kaedah Pengasingan Campuran
   Disebabkan campuran terbentuk secara fizikal, campuran juga dapat diasingkan secara fizikal. Sebagai contoh, sandwish diperbuat daripada roti, sayur dan daging. Oleh itu, kita dapat mengasingkan bahan-bahan sandwish tersebut secara fizikal dan mudah.

sandwish adalah contoh campuran yang dapat diasingkan secara fizikal dengan mudah
sandwish adalah contoh campuran yang dapat diasingkan secara fizikal dengan mudah

Teknik pengasingan campuran bergantung pada
-sifat-sifat fizik dan keadaan jirim bahan-bahan yang terkandung dalam campuran
-bahan yang hendak diperolah daripada campuran tersebut

KAEDAH PENURASAN- 
digunakan untuk mengasingkan bahan pepejal yang tidak larut daripada cecairdi dalam suatu campuran antara cecair dan pepejal.

contoh kaedah penurasan dalam kehidupan harian
contoh kaedah penurasan dalam kehidupan harian


KAEDAH PENYULINGAN- 
teknik yang digunakan untuk mengasingkan cecair dan cecair yang terlarut campuran dan mempunyai takat didih berbeza.


PEMISAHAN MENGGUNAKAN MAGNET- 
tarikan magnet boleh digunakan untuk mengasingkan dua bahan pepejal yang bersifat bahan magnet dan tidak bersifat bahan magnet. Besi, nikel dan kabalt ialah contoh logam yang  bersifat bahan magnet. Emas, gangsa dan aluminium pula ialah contoh logam yang tidak bersifat magnet.

magnet yang sangat kuat digunakan untuk mengasingkan besi dan keluli daripada bahan buangan yang lain
magnet yang sangat kuat digunakan untuk mengasingkan besi dan keluli
daripada bahan buangan yang lain


KAEDAH PENGENAPAN-  
digunakan untuk mengasingkan campuran cecair dan bahan pepejal yang tidak larut dalam cecair itu dan menerap di dasar.


KAEDAH PENGAPUNGAN- 
digunakan untuk mengasingkan bahan yang tidak larut dan terapung diatas permukaan air. Sebagai contoh, minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air. oleh itu, minyak terapung di atas permukaan air. Corong pemisah dapat digunakan untuk mengasingkan minyak dan air.

KAEDAH KROMATOGRAFI- 
kaedah pengasingan seperti penurasan  dan penyulingan  memerlukan jumlah campuran yang banyak untuk mengasingkan bahan-bahan. Salah satu kaedahnya adalah melalui kromatografi. Kaedah ini biasa digunakan untuk memeriksa pemalsuan dokumen dengan mengasingkan pewarna-pewarna dalam dakwat pen yang digunakan. Selain tu, kromatografi juga membolehkan kita memeriksa jika terdapat bahan pewarna makanan yang berbahaya di dalam sesuatu makanan.

pelbagai jenis makanan yang menggunakan bahan pewarna
pelbagai jenis makanan yang menggunakan bahan pewarna


Catat Ulasan

5 Ulasan