About Me

Tiga Keadaan Jirim

Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni. Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan tidak dapat dilihat dsengan padangan mata kasar wahupun menerusi mikroskop cahaya. Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron.


teori kinetik jirim
teori kinetik jirim
Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara sary sama lain.Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu jirim, zarah akan bergerak lebih laju. Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan.


tiga keadaan jirim
tiga keadaan jirim
Air merupakansatu-satunya bahan di muka bumi ini yang wujud secara semula jadi dalam ketiga-tiga bahan. Contohnya, air wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Apabila disejukkan, air berubah menjadi ais. Air yang dipanaskan pada suhu 100c pula akan berubah menjadi stim.


Perbandingan tiga keadaan jirim
Perbandingan tiga keadaan jirim

Pemanasan atau penyejukan menyebabkan sesuatu jirim mengalami perubahan keadaan.Contohnya, apabila sesuatu cecair itu akan membebaskan haba. Zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak lebih perlahan. Zarah-zarah menarik antara satu sama lain dan bertukar menjadi pepejal. Cecair dikatakan mengalami proses pembekuan.

        Apabila bahan pepejal dipanaskan, bahan tersebut akan berubah menjadi cecair dan akhirnya menjadi gas melalui proses pendidihan. Sesetengah bahan pula akan berubah terus daripada pepejal menjadi gas. Proses ini disebut sebagai pemejalwapan. Semasa proses pemejalwapan, tenaga kinetik zarah-zarah bertambah apabila zarah menyerap haba sehingga boleh nertukar secara langsung daripada pepejal menjadi gas.

kesan haba kepada jirim
kesan haba kepada jirim


PELEBURAN
-Pepejal meyerap haba apabila dipanaskan.
-Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergetar dengan lebih kuat.
-Tenaga haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah pepejal.
-Zarah-zarah bergerak bebas apabila suhu meningkat hingga ke takat lebur. Pepejal berubah menjadi cecair.

PENDIDIHAN
-Pendidihan berlaku apabila suhu cecair mencapai takat didih.
-Cecair menyerap haba apabila dipanaskan.
-Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergerak lebih laju.
-Tenaga haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair.
-Apabila suhu meningkat ke takat didih, zarah-zarah pun bergerak secara bebas dan rawak. Cecair berubah menjadi gas.

PENYEJATAN
-Penyejatan berlaku pada sebarang suhu.
-Cecair menyerap haba apabila dipanaskan.
-Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergerak lebih laju.
-Ceacir tersejat secara perlahan dan berubah menjadi gas.

KONDENSASI
-Haba dibebaska apabila gas disejukkan.
-Zarah-zarah akan kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan dan menghampiri antara satu sama lain.
-Apabila suhu mencapai di bawah takat didih, gas akan bertukar menjadi cecair.

PEMBEKUAN
-Cecair membebaskan haba apabila disejukkan.
-Zarah-zarah kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan.
-Apabila suhu mencapai takat beku, zarah-zarah akan bergetar pada kedudukan yang tetap. Cecair berubah menjadi pepejal.

PEMEJALWAPAN
-Pemejalwapan ialah proses pepejal berubah secara langsung menjadi gas.
-Proses gas berubah menjadi pepejal juga disebut sebagai pemejalwapan.


contoh perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian
contoh perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian

Catat Ulasan

3 Ulasan