.

.

KARTiKEL

Selasa, 4 Oktober 2016

Google Form : Jawab Online 10 Set Soalan Sains SPM Kertas 1

Bagi murid yang minat menggunakan mobile phone dan internet bagi tujuan pembelajaran Sains, ini adalah satu lagi bahan yang boleh membantu anda. Bukan sekadar untuk murid, malah guru-guru juga boleh gunakan bahan online ini untuk memberi latih tubi Sains SPM kepada murid. 


Google Form : Jawab Online 10 Set Soalan Sains SPM Kertas 1
Jom jawab soalan online

Menggunakan aplikasi Google Form, bahan yang dihasilkan oleh 2 orang guru berdedikasi, iaitu Cikgu Rahman dari SMK Jenjarom, Selangor dan juga Cikgu Sobrie dari SMK Tongod, Sabah, memang sangat bermanfaat kepada murid dan guru. Dan paling seronoknya sebab pembelajaran nya sangat interaktif.



Google Form : Jawab Online 10 Set Soalan Sains SPM Kertas 1
Bahan disumbangkan oleh Cikgu Aman dan juga Cikgu Sobrie. Terima kasih!


Kaedah Guru hanya perlu berikan link kepada murid, murid menjawab soalan dengan menggunakan smartphone, dan kemudiannya murid terus mendapat jawapan serta maklumbalas terus selepas selesai menjawab 50 soalan tersebut.


Google Form : Jawab Online 10 Set Soalan Sains SPM Kertas 1
Pelajar perlu memasukkan maklumat asas sebelum menjawab soalan

Bahan yang ada sekarang merupakan soalan percubaan kertas 1 daripada seluruh Malaysia. Dengan konsep interaktif ini, sudah pasti secara tak langsung menggalakkan murid menjawab soalan Sains. Jika siap 10 set dilaksanakan, maka selesailah latih tubi sebanyak 500 soalan telah selesai dijawab oleh murid.


Google Form : Jawab Online 10 Set Soalan Sains SPM Kertas 1
Pelajar terus menjawab soalan yang dikemukakan

Set soalan juga boleh diulang jawab berkali-kali oleh murid. Maka, pelajar boleh cuba jaya sehingga mendapat markah yang tinggi, sekurang-kurangnya 40 markah. Lebih besar markahnya, lebih besar peluang untuk mendapat A! 


SET SOALAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2016 (GOOGLE FORM)

01.  SET 01: https://goo.gl/forms/kbQqGJ7J070997zF3
02.  SET 02: https://goo.gl/forms/INceeNR92vDsEal52
03.  SET 03: https://goo.gl/forms/QoEvOqSiLgH5Lxix1
04.  SET 04: https://goo.gl/forms/zcelWgis6vyCx7qF2
05.  SET 05: https://goo.gl/forms/Bzdj85DlQy5jPR2J2
06.  SET 06: https://goo.gl/forms/jGubsKae6LPk7bSX2
07.  SET 07: https://goo.gl/forms/HpAjWJEPrp4IykOz2
08.  SET 08: https://goo.gl/forms/EWp3MSKyeoXya3j82
09.  SET 09: https://goo.gl/forms/95nVzUZiuS2oUAY02 

10.  SET 10: https://goo.gl/forms/RZqUDdCAHPj23z0g1


Jom tanpa membuang masa, para guru silakan kongsikan link Google Form ini kepada anak murid anak untuk sesi pembelajaran kendiri. Para murid pula boleh kongsikan link Google Form ini dengan kawan-kawan.

Terima kasih yang tak terhingga juga buat Cikgu Aman dan Cikgu Sobrie yang sudi menyumbangkan bahan mereka untuk digunakan oleh pelajar-pelajar dan rakan guru yang lain. 




10 ulasan:

  1. gambar kita ada dlm blog cgu popular la... ehehe.. terima kasih byk cikgu ^_^

    BalasPadam
  2. Tqvm cikgu hailmi. Seronok tengok modul google form yang dihasilkan berada di blog cg hailmi yg terkenal

    BalasPadam
  3. untuk sejarah adde tak?

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu..sangat berguna pada kami semua

    BalasPadam
  5. Subjek yg lain ada tak, selain daripada subjek sains

    BalasPadam