About Me

Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard

Hari ini saya berpeluang menggunakan satu lagi tools yang boleh membantu Pembelajaran Abad 21, iaitu penggunaan Mini Whiteboard. Sebenarnya juga ini bukanlah cubaan kali pertama saya menggunakan Mini Whiteboard. Suatu ketika dahulu saya pernah gunakan dalam kelas saya dengan laminate kertas A4 untuk digunakan murid semasa pdp bagi matapelajaran Kimia. 


Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard


Untuk kali ini, saya pilih topik Litar bagi subjek Sains Tingkatan 3. Saya design satu aktiviti pembelajaran dengan menggabungkan beberapa subtopik dan aktiviti dalam buku teks. Ini juga satu daripada cara saya untuk menghabiskan sukatan pelajaran tepat pada masanya sekalipun melakukan banyak aktiviti semasa pdp.




Sedikit perkongsian mengenai apa yang saya gabungkan dan mahu pelajar tahu pada aktiviti kali ini:

1. Pelajar mampu melukis simbol yang terlibat
2. Pelajar tahu sambungan yang betul bagi voltmeter dan ammeter
3. Pelajar tahu mengenai Litar Selari dan Litar Bersiri


Ketiga-tiga perkara ini belum saya ajarkan kepada pelajar. Kiranya kelas pertama. Pelajar belum tahu dan belajar mengenai perkara di atas. Tujuan saya adalah untuk biarkan pelajar sendiri yang 'belajar' dan mencari ilmu. Explore daripada buku teks dan berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka untuk menjelaskan pendapat dan dapatkan jawapan untuk persoalan mereka.


Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard


Dan ini pula saya kongsikan turutan aktiviti Lukis Litar Guna Mini Whiteboard nih seperti di bawah:

1. Saya mulakan kelas dengan menyebut beberapa barangan yang akan digunakan dalam melukis litar. Antara yang saya sebut adalah : 2 sel kering, suis, 3 biji mentol, 1 voltmeter dan 1 ammeter.

2. Pelajar dikehendaki melukis litar secara individu daripada alatan yang disebut tadi dengan menggunakan kreativiti mereka. Susun lah camna sekalipun. Cuba jaya. Pelajar dibenarkan melihat jadual senarai simbol. PAK21 (kreativiti)

3. Selesai bekerja secara individu, pelajar dibahagikan pula kepada 6 kumpulan. 1 kumpulan terdiri daripada 5 orang. (6 kumpulan sebab cuma hanya ada 6 mini whiteboard) . Kalau nak lebih berkesan, kecikkan lagi bilangan pelajar dalam satu kumpulan.


Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard


4. Setiap kumpulan diberi satu mini whiteboard bagi menunjukkan hasil kerja kumpulan mereka.

5. Pelajar dikehendaki berbincang sesama mereka bagi memilih satu lukisan terbaik yang akan mewakili kumpulan mereka. Di sini akan terlihat pelajar jelas aktif dalam pembelajaran. Saya suka bila ada pelajar yang cuba mempertahankan lukisan masing-masing dengan beserta alasan. PAK21 (kolaborasi)


Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard


Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard

Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard

Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard


6. Litar yang terbaik akan dibentangkan di depan secara berkumpulan beserta dengan penerangan kenapa dan mengapa. Sebagai contoh kenapa voltmeter disusun sebegitu dan alasannya. KBAT


Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard

Idea P&P Sains : Lukis Litar Guna Mini Whiteboard


Secara keseluruhannya saya rasakan ini merupakan aktiviti yang menarik dan menjimatkan masa. Beberapa subtopik berjaya digabungkan dalam satu aktiviti. Pelajar juga lebih aktif bekerjasama sesama rakan mereka. Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga dapat dipromosikan sepanjang aktiviti berlangsung.


Sedikit penambahbaikan boleh dilakukan juga, iaitu mengecilkan lagi bilangan pelajar dalam satu kumpulan dengan menambahkan lagi bilangan mini whiteboard yang ada. InshaAllah akan lebih berkesan. Selamat mencuba!





Catat Ulasan

3 Ulasan