About Me

Malaysia Social Media Week 2016

Kemeriahan Malaysia Social Media Week datang lagi kali ini dengan menjanjikan aktiviti yang menarik sepanjang minggu media sosial Malaysia ini. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Malaysia Social Media Week 2016 #MSMW2016 ini adalah persidangan, anugerah blog, bengkel dan juga acara Twitterthon yang pastinya akan sangat meriah.


Malaysia Social Media Week 2016
Malaysia Social Media Week 2016

Malaysia Social Media Week Summit 
8 - 10 Mac 2016
Lim Kok Wing University, Cyberjaya


Malaysia Social Media Week Awards
9 Mac 2016 
Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur


MSMW 2016 Workshop
11 Mac 2016


Twitterthon
15 Mei 2016, Lake Garden KL


Pengalaman menyertai Malaysia Social Media Week pada tahun 2014 sebagai pemenang anugerah Best Educational Blog merupakan satu pengalaman berharga buat saya. Apatah lagi itulah kali pertama, blog www.cikguhailmi.com ini terpilih untuk memenangi anugerah. Anugerah pertama dalam dunia blogging.


Best Educational Blog untuk Malaysia Social Media Week 2014

Untuk tahun ini pula, bagi Malaysia Social Media Weeks Award 2016, ada 9 kategori yang dipertandingkan. Tiada kategori pendidikan lagi, sama seperti tahun lepas. Tetapi sebagai tanda sokongan saya kepada Malaysia Social Media Weeks 2016 ini, saya cuba-cuba nasib juga bagi kategori Best Content Blog. Kategori lain, lagi ler langsung tak sesuai dengan blog saya.  

Rasanya, memang cari pasal betul. Apatah lagi banyak sungguh blog-blog hebat yang turut bertanding bagi kategori yang sama. Takut saya tengok nye. Cer tengok senarai blog hebat yang bertanding bagi kategori Best Content Blog untuk Malaysia Social Media Weeks Award 2016 :

01. www.cikguhailmi.com
02. www. panduansaya.com
03. paultan.org
04. ahmadfaizal.com
05. www.mialiana.com
06. dululainsekaranglain.com
07. www.kucing.my
08. ohkerjaya.com
09. thevocket.com
10. www.mesramobile.com
11. www.omydroid.net
12. diarymama.com
13. workingwithgrace.wordpress.com
14. sayaiday.com
15. www.sentiasapanas.com
16. clickuz.com
17. prodtas.blogspot.my


Hebat-hebat kan penyertaannya? Hmm.. Redho jer lah.. 

Ok, bagi yang nak mengundi www.cikguhailmi.com, boleh lah klik di SINI. Kemudian log in dengan menggunakan akaun facebook masing-masing, dan tekan butang LIKE sebagai tanda sokongan kepada blog www.cikguhailmi.com. Untuk yang dah mengundi, saya ucapkan jutaan terima kasih!! Saya sangat hargai jasa baik anda..


Jom vote untuk www.cikguhailmi.com bagi Best Content Blog
Jom vote untuk www.cikguhailmi.com bagi Best Content Blog

Jom kita sama-sama meriahkan Malaysia Social Media Week 2016!!! :D 





Catat Ulasan

0 Ulasan