About Me

Idea P&P Sains : Bina Jigsaw Puzzle dengan Menggunakan Tarsia

Satu aktiviti yang menarik dan kreatif telah dikongsikan oleh cikgu Suriati Nasir di dalam group Cikgu Sains Kreatif. Kali ini adalah mengenai penggunaan jigsaw puzzle daripada Tarsia bagi tujuan aktiviti perkembangan dan juga penilaian. Memang seronok dan teruja pelajar dapat menjalankan aktiviti yang sebegini. Aktiviti yang juga ada unsur kolaborasi dalam kumpulan juga.













Cikgu Suriati Nasir juga turut berkongsikan link http://formulator-tarsia.software.informer.com/download/ bagi guru-guru yang berminat untuk menghasilkan kuiz dengan bentuk Tarsia ini. Mudah. Hanya perlu masukkan soalan dan jawapan, pilih bentuk jigsaw puzzle yang dikehendaki dan generate sahaja. Mudah kan?


Pengalaman menggunakan Tarsia ini juga dikongsikan oleh cikgu Ummu Ati. Boleh lihat beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh beliau. 









Selamat berkreatif!




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tq ckgu sb sudi bkongsi ilmu!

    BalasPadam
  2. assalamualaikum cikgu...bila dh donlod tarsia ni...so saya nak pilih yang mana ye nak donlod

    BalasPadam
  3. salam cikgu.. kenapa saya buat kat bahagian jawapan tu dia bersambung-sambung ye?macam mana cikgu buat ble ada spacing?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tolong balaskan ye.. Saya juga awal2 mempunyai masalah yang sama.. Cikgu boleh ubah setting pada style.. Tukar daripada math kepada text.. Settle masalah spacing tu.

      Padam