About Me

Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak

Bagi topik otak, struktur dan fungsinya, saya menjalankan aktiviti kolaborasi antara pelajar. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang pelajar. Pelajar diberikan separuh manilakad, kertas A4 berwarna dan bekalan alatulis secukupnya. Pelajar perlu melukis gambar otak, serta melabel dan meletakkan fungsi struktur tersebut.


Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak


Bezanya kali ini, persembahan diadakan dengan sedikit kelainan. Berupa interactive notes. Main selak-selak. Bahagian atas ada tertulis label, dan bila dibuka helaian nya ada mengandungi fungsi struktur berkenaan. 


Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak


Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak


Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak


Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak



Saya mengambil masa lebih kurang 2 waktu untuk pelajar menyiapkan semua aktiviti ini.  Agak membanggakan jugak dengan hasil kerja pelajar daripada kelas belakang ini. Semakin kemas dan semakin berkualiti setelah beberapa kali buat aktiviti yang bercorak melukis dan mewarna. 

Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak


Idea P&P Sains : Interactive Notes untuk Otak


Semoga hasil mereka akan jadi lebih kemas sekaligus menarik minat mereka untuk terlibat dengan lebih aktif dalam pembelajaran dan juga kepada subjek Sains itu sendiri. Oh ya. Hasil kerja mereka juga saya pamerkan di suatu sudut dalam makmal sains sebagai menghargai hasil kerja mereka! 




Catat Ulasan

0 Ulasan