.

.

KARTiKEL

Rabu, 23 Disember 2015

80 Hari di Korea : Hari 80 (Selamat Tinggal Korea!)

Hari terakhir berada di Korea. Hanya tinggal kami, pasukan Malaysia sahaja yang masih belum terbang. Guru mentor, Mr Kim dan juga 'kakak' saya, Mrs Park sudah pun kembali ke Daegu semalam. Dari Hotel Sheraton ini, kami hanya diuruskan oleh Jay, pegawai APCEIU UNESCO yang bertanggungjawab menguruskan delegasi Malaysia.


80 Hari di Korea : Hari 80 (Selamat Tinggal Korea!)


Penerbangan adalah pada jam 11.30 pagi. Maka seawal jam 7 pagi kami sudah bergerak ke Incheon International Airport. Lebih baik sampai awal, memandangkan banyak juga barang yang masih perlu diuruskan oleh 10 orang guru Malaysia ini. 

Walaupun dah menghantar sekotak 11kg menggunakan Pos Korea sebelum ini, ternyata masih banyak lagi barang yang saya ada. 1 beg besar, 1 beg kecil, beg laptop dengan 2 komputer kat dalam tu dan jugak 1 kotak yang berisi hadiah-hadiah pemberian kawan-kawan Korea. 

Untuk check in, saya cadang 1 beg besar dan 1 kotak masuk kargo. Manakala 1 beg kecil dan 1 beg laptop tu nak hand carry. Dalam tengah mencelah-celah nak masuk boarding, kena tahan plak dengan pegawai airport yang strict. Tak pasal kena check in sekali lagi, siap kena bayar USD100! Bayar jer lah.. janji dapat balik.


80 Hari di Korea : Hari 80 (Selamat Tinggal Korea!)


Perjalanan 6 jam tu terasa penuh kesyahduan. Rindu dengan guru mentor. Rindu dengan pengetua. Rindu dengan kawan-kawan kat Korea tu. Dan rindu dengan anak-anak murid di Daegu Yeosang. Entah bila lagi akan kembali ke Korea dan bertemu lagi.

Tapi saya memang berazam, akan kembali semula ke Korea. Dan yang pastinya ke Daegu. Daegu, mu tunggu aku datang! 




4 ulasan:

  1. kenangan kat Korea yang best sangat, macam dok negara sendiri bukan?

    insyaAllah ada rezeki ke sana lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Yeop.. diorang layan memang bagus betul.

      Padam
  2. bestnya cikgu..insyaAllah semoga ada anak murid cikgu dari Korea jumpak cikgu kat Malaysia kelak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer... saya pun sangat berharap camtu jugak!

      Padam