.

.

KARTiKEL

Sabtu, 12 Disember 2015

80 Hari di Korea : Hari 72 (Lawatan ke Saeron Elementary School)

Seperti perancangan pada awalnya, maka pada hari ini saya dan rombongan pengetua dan juga guru mentor akan melawat ke sebuah sekolah rendah, iaitu Saeron Elementary School. Rakan sekolah dari Malaysia, Hanne tak dapat menyertai atas faktor kesihatan akibat perubahan cuaca. Lawatan ini juga adalah sebahagian daripada perancangan kami untuk meninjau ke sebanyak mungkin jenis sekolah di Korea bagi memahami sistem pendidikan Korea dengan lebih baik.



80 Hari di Korea : Hari 72 (Lawatan ke Saeron Elementary School)


Sampai saja di kawasan sekolah, memang saya kagum tak sudah-sudah. Bentuk binaan sekolahnya, sangat lah tak nampak macam sekolah. Itu yang saya suka dengan bentuk-bentuk sekolah di Korea ini. Rekaan nya akan menyebabkan pelajar tak rasa tertekan nak datang ke sekolah. Patut di Malaysia juga kita praktikkan.

Kebetulan sedang mencari pintu masuk ke bangunan sekolah, kami terserempak dengan sekumpulan pelajar sekolah ini yang juga mahu memasuki bangunan. Pelajar menggunakan kad khas bagi proses keluar masuk daripada sekolah ini. Faktor keselamatan saya rasa. Lapisan pertama pintu masuk disediakan rak kasut dan pembungkus kasut yang dipakai.




80 Hari di Korea : Hari 72 (Lawatan ke Saeron Elementary School)


Pelajar perlu menanggalkan kasut yang digunakan di luar dan mengenakan kasut khas di dalam bangunan sekolah. Yang pertama adalah kerana faktor kebersihan. Dan yang kedua adalah kerana faktor tapak kasut yang tidak sesuai untuk berada di dalam bangunan sekolah, yang mana kebanyakkannya dilapisi dengan mozek yang agak licin.


Kami seterusnya kemudian bergerak ke bilik Guru Besar. Tapi sayangnya, guru besar tiada di sekolah pada ketika ini. Maka seorang guru yang bertanggungjawab hal-hal sekolah membawa kami ke seluruh kawasan sekolah.

Memang cantik! Itu yang saya boleh katakan. Menurut guru mentor saya, Mr Kim sendiri kagum dengan kecantikan sekolah tersebut. Kerana katanya semasa beliau bersekolah dahulu, negara Korea sangat miskin dan tak mampu untuk membina sebuah sekolah yang hebat sebegini.








80 Hari di Korea : Hari 72 (Lawatan ke Saeron Elementary School)






Kami bergerak dari bilik ke bilik. Pada hemat saya, kemudahan yang disediakan memang lah bertaraf world class. Bukan level sekolah rendah dah nih. Rasanya sekolah menengah pun boleh kalah kalau camnih. Hmm.. Untung laa jadi negara yang kaya. Duit boleh longgok sakan kat bidang pendidikan.


Anak-anak Korea nih memang independant. Nampak mereka bergerak ke sana sini. Bebas. Seronok tengok kecomelan mereka. Mungkin juga sebab mereka tak ada peperiksaan awam macam UPSR kita. Maka tak pelik lah nampak diorang happy saja. Excited nampak orang luar, tapi nak tegur tak tegur sama berani. 




Ini pula adalah bilik kelas mereka. Dalam satu kelas ada lebih kurang 20 - 25 orang pelajar. Meja dan kerusi mereka memang sepesen. Kalau diperhatikan dengan baik, ada juga besi pencangkuk untuk mereka meletakkan beg mereka di sisi meja.

Setiap kelas juga dibekalkan dengan peralatan alatulis yang mencukupi. Pensil warna, gunting, gam, pengasah pensil dan lain-lain disediakan oleh pihak sekolah kepada setiap kelas. Pelajar akan gunakan semasa sesi pdp berlangsung. Seronok kan? Tak perlu pening bila ada murid yang tak bawak macam-macam alatulis ke sekolah..




Untuk sesi persekolahan bagi pelajar sekolah rendah, jam 2 petang sudah tamat. Tak seperti pelajar sekolah menengah yang sampai 5 petang, maka ketika kami meronda tu pun dah ramai kelibat pelajar yang bergerak untuk pulang. 

Hasil kerja pelajar pula dipamerkan di ruang luar kelas. Semuanya mengikut kreativiti murid dan juga guru kelas, atau juga dikenali sebagai homeroom teacher. Pameran hasil kerja murid ini secara tak langsung akan menjadi motivasi kepada murid untuk melakukan kerja-kerja yang diberi guru dengan sebaik mungkin. 








80 Hari di Korea : Hari 72 (Lawatan ke Saeron Elementary School)




Dalam pada itu, sempat juga dihiburkan dengan persembahan sukarela oleh seorang pelajar. Tak pasti pulak darjah berapa, tapi memang sangat berani, confident dan juga menghiburkan. Persembahan menggunakan gendang tradisional Korea. 


Sekali lagi kami bergerak ke luar bangunan sekolah. Taman yang ada disekeliling ditanam dengan tumbuhan yang ada dalam buku teks sekolah menurut guru tersebut. Maka jika semasa pembelajaran, sekiranya ada pelajar yang tak pernah melihat sesuatu jenis pokok, guru akan terus membawa pelajar untuk melawat taman tersebut. 






Tanaman juga dilabelkan nama, diberi penerangan serta QR Code yang bersambungan dengan link website untuk maklumat lanjut. Penggunaan ICT digunakan dengan sebaik mungkin, dan di seawal mungkin usia pelajar. Maka tak hairan lah jika kita tengok mereka sangat advanced dari segi bidang tersebut.


80 Hari di Korea : Hari 72 (Lawatan ke Saeron Elementary School)


Lawatan ke sekolah rendah Korea ini memang membuka mata saya. Nampak kesungguhan kerajaan Korea dalam menyediakan kemudahan bertaraf dunia untuk menghasilkan modal insan yang terbaik untuk generasi penyambung mereka. Tak hairanlah jika pendidikan Korea kini berada di tangga teratas sistem pendidikan terbaik dunia!






7 ulasan:

  1. Cantiknya bangunan sekolah diaaaa!! kalaulah Malaysia mcm tu, mmg seronok pergi sekolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan?.. INshaAllah suatu hari nanti

      Padam
  2. conclution dri pemerhatian dan penceritaannya kemudahan dan pamer hasil kerja murid sngat penting di dlm blik darjah....guru perlu mmbina persekitaran yg menarik utk murid dtg ke sekolah...struktur bagunan yg luas penting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer saya setuju. murid akan rasa dihargai dan juga motivasi nak belajar pun akan makin meningkat.

      Padam
  3. Selamat sejahtera, Cikgu Hailmi. Sy seorang cikgu yang baru posting dan bekerja sbg guru tak sampai setahun. Selama ini, sy amat berminat dgn program "penanda aras" ke luar negara yg ditawarkan oleh KPM. Jadi, bolehkah cikgu kongsi sedikit dgn sy apa persiapan yg perlu sy lakukan dlm tempoh masa menunggu? Terima kasih byk byk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera cikgu. Kebiasaannya utk program2 sebegini, guru2 yang berpengalaman lebih diutamakan. Biasanya, tempoh 5 tahun adalah antara syarat yg biasa diletakkan bagi KPM untuk memohon program2 sebegini. Maka, buat sementara waktu ini, saya nasihatkan kepada cikgu, kumpulkan dulu pengalaman, cari peluang sebanyak mungkin untuk terlibat dengan aktiviti2 peringkat lebih tinggi, dan cuba kenalpasti bidang niche cikgu. Itu akan membantu cikgu pergi lebih jauh dalam bidang cikgu. So, saya ucapkan Selamat Maju Jaya kepada cikgu!

      Padam
  4. kenape kat malaysia x mcm tu...haih kalau kat malaysia mcm tu mesti x de sape yg x dtng sekolah hahaha

    BalasPadam