.

.

KARTiKEL

Selasa, 29 Disember 2015

Apa itu Program Dwibahasa (DLP)?

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif DLP dan HIP yang akan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta. Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).



Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP)


Inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah bagi HIP, manakala DLP akan dilakukan secara pilihan. Jom kita tengok apa lagi maklumat yang berkaitan dengan DLP yang kita boleh pelajari.



Apa Itu Program DLP?
- DLP (Dual Language Programme)
- program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. 
- antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi sperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
- program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
- sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).



Diharapkan penganjuran program DLP (Dual Language Programme) ini mampu memberi kesan baik kepada usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. 


Baca juga : Apa itu program HIP?
Baca juga : Cabaran dan kekangan program HIP dan DLP




2 ulasan:

  1. cikgu apa kelebihan dan kekurangan program DLP ini.

    BalasPadam
  2. ada tak contoh-contoh soalan peperiksaan tahun 1 berkaitan dlp ini

    BalasPadam