.

.

KARTiKEL

Khamis, 5 November 2015

80 Hari di Korea : Hari 52 (Piknik Musim Autumn & Shopping di Gangnam)

Gembira sungguh sebab hari nih dapat bersiar-siar di Seoul dengan rakan-rakan guru Malaysia. Saya akan bersama Razak, Zu, Kak Lela, Adel dan juga Pauline untuk ronda-ronda sambil shopping! Nak beli trench coat. Hahaha. Sebab dah sejuk sangat sekarang nih. Sambil menikmati saat-saat akhir bersama di bumi Korea nih. Geng meronda!





Awal pagi kami rancang untuk berpiknik di Taman Olimpik Seoul. Sambil terbayang duduk-duduk bawah pokok menikmati makan tengah hari. Dengan daun-daun kuning merah yang berguguran. Sambil makan sambal-sambal yang sedap. Memang masyuk.


Tapi bila sampai di sini, dah keluarkan semua bekas dan makanan, baru perasan. Cuaca sangat sejuk! Tangan terasa macam pegang ais. Maka makan pun jadi cepat-cepat dan tak dapat nak hayati sangat. Dalam tak sempat nak  hayati pun, 2 pinggan juga saya belasah! Hahaha.





Habis makan, kami menuju ke Gangnam Underground Shopping Centre. Sebuah shopping kompleks bawah tanah yang terletak di kejiranan kaya, Gangnam yang cukup glamer. Di sebelah nya terletak pusat membeli belah Shinsegai yang mempunyai banyak cawangan termasuk di Daegu dan Busan.









Di sini, memang seronok nak bershopping. Banyak pilihan dan juga dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan harga di shopping kompleks. Puas hati pusing. Dari sini kami berjalan kaki ke Myeongdong untuk mencari sedikit cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Menjamu selera di Myeongdong juga sangat menyelerakan di kedai yang baru kami jumpa nih. 

Bila dah puas hati, maka balik ler kami ke penginapan masing-masing. Saya ke rumah Razak yang terletak di Gayang. Letih! Esok dah nak balik Daegu.







2 ulasan: