About Me

80 Hari di Korea : Hari 64 (Peperiksaan Awam Korea Yang Dahsyat)

Pada hari ini kami bercuti. Ini adalah kerana, satu peperiksaan awam Korea yang sangat penting akan diadakan. Iaitu peperiksaan kemasukan ke universiti. Kenapa saya cakap ianya sangat penting? Sekejap lagi saya ceritakan kenapa dan sampai macam mana sekali ianya dikatakan penting di Korea nih.





Pada setiap Khamis kedua bagi bulan November, peperiksaan College Scholastic Ability Test (CSAT) akan diadakan di seluruh negara. Peperiksaan akan bermula pada jam 8.40 pagi sehingga 6.05 petang. 


Sejauh Mana Peperiksaan Ini Penting Kepada Rakyat Korea?

1. Negara Korea memandang serius akan peperiksaan ini sehinggakan para pekerja kerajaan dan awam dibenarkan untuk datang lebih lambat 1 jam dari biasa bagi mengurangkan kesesakan dan memberi laluan kepada pelajar untuk tiba lebih awal di tempat peperiksaan.

2. Bas akan beroperasi lebih kerap pada masa 6 pagi dan 10 pagi supaya tiada kes pelajar tertinggal atau terlewat datang ke dewan peperiksaan.

3. Teksi akan memberi tumpangan secara percuma untuk mengangkut pelajar ke sekolah untuk peperiksaan. 





4. Motosikal tidak dibenarkan menggunakan hon kerana bimbang boleh memberi gangguan kepada pelajar untuk menjawab peperiksaan dengan lebih tenang.

5. Pasukan sukarela dan juga unit khas polis akan membantu mengawal bagi memudahkan lalulintas.

6. Sebarang kenderaan tidak dibenarkan untuk parking di dalam kawasan 200m berhampiran sekolah. 

7. Penerbangan domestik dan internasional perlu menunda masa penerbangan mereka pada 30 minit pertama peperiksaan bermula dan 30 minit sebelum peperiksaan berakhir.

8. Jika ada perarakan atau yang mahu berdemonstrasi bagi tujuan lain, perarakan harus dihentikan pada hari tersebut dan ditukar kepada hari lain.

9. Pihak tentera pula tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang latihan menembak dan juga misi penerbangan pada hari ini.

10. Pelajar junior akan bersorak dan menyokong para senior bagi mengalu-alukan kedatangan senior ke sekolah untuk peperiksaan.





11. Sambutan daripada junior kepada senior kadang-kadang sehingga tahap meletakkan karpet merah sebagai tanda sokongan yang padu.

12. Ibubapa pula akan berduyun-duyun ke tokong atau gereja bagi berdoa memastikan kejayaan anak-anak mereka.





13. Guru yang bertugas menjaga dewan peperiksaan tidak dibenarkan untuk merokok atau memakai minyak wangi kerana dibimbangi mungkin menganggu konsentrasi pelajar menjawab soalan.

14. Pengawas peperiksaan perlu bertukar kepada kasut tanpa tapak atau kasut tapak getah bagi mengurangkan gangguan bunyi kepada pelajar.






Kenapa Peperiksaan Ini Sangat Penting Kepada Rakyat Korea?

1. Target mereka adalah mahu ke 3 universiti terulung di Korea, iaitu SKY (Seoul National University (SNU), Korea University dan Yonsei University. Graduan daripada 3 universiti utama ini akan menjamin pelajar dengan kelayakan akademik terbaik di Korea, lengkap dengan alumni dan jaringan kerja yang sangat kukuh.





2. Bagi membolehkan mereka ditawarkan ke universiti SKY ini, keputusan yang perlu diperolehi oleh mereka adalah near perfect score dalam CSAT dan top grade di sekolah!

3. Maka untuk itu, ibubapa Korea sanggup berbelanja lebih bagi menghantar anak ke pusat pengajian terbaik, tuisyen (hagwons) dan kadang-kadang sehingga ke luar negara bagi membolehkan anak mereka mendapat kelebihan dalam pendidikan.

4. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru di Korea. Kerana sejak daripada dahulu lagi, anak lelaki daripada keluarga bangsawan yang berminat untuk menjawat jawatan kerajaan perlu melalui peperiksaan awam (gwageo).





Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. korea dengan jepun, memang lagi gila sikit bab belajar ni.

    haha..

    BalasPadam
  2. Saya cuma nak tahun peperiksaan awam di Korea tu mcm nak ambik SPM, Matrik atau STPM?

    Di Korea ada tak peperiksaan awam mcm di Malaysia UPSR (12 tahun), PT3 (15 tahun) dan SPM (17 tahun)?

    sekadar ingin tahu.
    TK

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada..

      hanya ada ujian CSAT yang diambil oleh pelajar high school 3rd grade (t6).

      Padam
    2. jd maksudnya depa ni exam besar skali ja lah? jd kemasukkan pljr dr sek ren ke sek men n pilih opsyen berdasarkan apa? mcm d Malaysia penempatan pljr ting 1 berdasarkan upsr, nk masuk kelas sains tgk result PMR @ PT3 kan..cer citer skit... excited nk tau sit pend korea...

      Padam
  3. kalau org awam yg tak ambil exam pun stress, apatah lagi pelajar tu sendiri.... errrr....

    BalasPadam
  4. Mcm mana pula pemarkahan gred diaorng erk?... Cthnya.. Kalau kita kan.. 70 dh A.. Tp diaorng?

    BalasPadam