.

.

KARTiKEL

Rabu, 4 November 2015

80 Hari di Korea : Hari 47 (Eksperimen Sains di Korea)

Hari nih saya sangat gembira sebab berpeluang untuk buat eksperimen Sains di Korea nih. Dah berminggu blur sebab tak pasti nak ajar apa, tapi minggu nih dah mula nampak banyak perkara. Terima kasih untuk cikgu Son yang banyak membantu menerangkan eksperimen Sains kepada saya. Maka hari nih adalah peluang untuk aplikasi dan alami sendiri apa yang saya pelajari pasal Sains di Korea nih.





Eksperimen Sains yang akan diajar oleh saya untuk pelajar 2nd Grade (Tingkatan 5) ini adalah eksperimen berkaitan menentukan bahan elektrolit dan bukan elektrolit. Ada sedikit kimia, tetapi hanya asas seperti sains. Maknanya aras antara advanced sikit daripada Sains, tetapi kurang sikit daripada Kimia. 

Son Songsaenim memberikan saya lesson plan yang lengkap. Siap ditranslate kepada bahasa Inggeris, tetapi pening jugak ler ayatnya. Tak kisah. Janji dapat faham. Turut diberikan adalah helaian kepada pelajar. Manual eksperimen lah lebih kurang. 







Tapi dalam saya dok tengok tu, terperasan jugak dengan QR Code kat tengah-tengah kertas yang langsung takde gambarajah tu. Dengan tak berapa faham kertas yang sepenuhnya ditulis menggunakan tulisan Hangeul tu, maka saya cuba-cuba ler jenguk apa tujuan sebenar QR COde tu ada kat situ.

Terkejut gila saya bila QR Code tu digunakan oleh pelajar untuk scan guna smartphone masing-masing. Seterusnya QR Code tu akan menghalakan pelajar ke satu link website yang akan mengandungi segala langkah-langkah eksperimen, nota yang berkaitan, video dan juga jawapan kepada soalan yang ada dalam handouts yang diberikan. 





Wahh!! Canggih!

Kelebihan internet yang paling laju di dunia digunakan dengan sebaiknya untuk pendidikan di Korea nih. Kelajuan internet di Korea adalah 6 kali ganda daripada kelajuan internet di Malaysia. Ya. Dan kelebihan ini dimanfaatkan sebaiknya untuk memajukan lagi bidang pendidikan mereka.

Pada mulanya saya ingin mendemonstrasikan eksperimen tersebut kepada pelajar. Tetapi Joh Songsaenim dan Son songsaenim mencadangkan lebih baik jika pelajar yang explore sendiri eksperimen tersebut. Ok, Korean Style. 









Maka pelajar pun mula lah melakukan eksperimen berdasarkan manual dan juga bahan yang mereka perolehi daripada internet tadi. Guru akan bergerak dari meja ke meja bagi membantu pelajar memahami dengan lebih jelas apa yang perlu dilakukan. Bukan menunjukkan cara, sebaliknya membetulkan salah faham jika ada kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.

Guru juga membantu pelajar mendapatkan jawapan. Bukan memberi jawapan. 

Antara soalan bagi tajuk ini, adalah :
1. Bahan manakah yang boleh mengalirkan elektrik dan bahan manakah yang tidak mengalirkan elektrik. Terangkan mengapa. 
2. Nyatakan bahan lain di rumah anda yang dapat mengalirkan elektrik.


Saya kerapkali melihat pertanyaan yang dikaitkan dengan kehidupan seharian selepas pengajaran, sama ada dalam subjek Sains, mahupun subjek yang lain. Seboleh mungkin pembelajaran akan cuba dikaitkan dengan kehidupan seharian. Itu style Korea. Patut lah budak-budak mereka dapat berfikir secara KBAT, sebab sudah diasuh daripada sekolah lagi. 





Malah semasa eksperimen tadi juga, pelajar hanya menggunakan bahan yang boleh didapati di rumah, air, larutan garam, dan larutan gula. Bagi aktiviti khas untuk memperkembangkan lagi kefahaman mereka, pelajar juga menguji satu larutan isotonik. Nampak tak? Semuanya dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian!


Saya juga  dapat lihat ada sedikit perbezaan cara mengajar mereka dan bagaimana pembelajaran dikembangkan di dalam kelas. Berikut adalah antara perkara yang saya alami sepanjang mengajar Sains di Korea.
1. Pelajar mencuba sendiri eksperimen, tanpa sebarang demonstrasi daripada guru.
2. Soalannya adalah agak KBAT, walaupun sebenarnya mudah sahaja.




Tiada kerja rumah diberikan kepada pelajar, kerana tiada masa untuk disiapkan. Pelajar Korea belajar daripada pagi sampai ke malam. Jadi, soalan disiapkan di dalam kelas juga. 

Secara kesimpulannya, saya sangat gembira pada hari ini kerana dapat belajar banyak perkara mengenai teknik pengajaran Sains di Korea. Terasa banyak ilmu masih boleh dipelajari dan inshaAllah akan cuba dipraktikkan sekembalinya saya ke Malaysia! Doakan saya boleh berkongsi lebih banyak lagi pengalaman berharga ini dengan rakan-rakan di Malaysia.




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan