.

.

KARTiKEL

Khamis, 12 November 2015

80 Hari di Korea : Hari 60 (Lawatan ke Daegu Literature Museum)

Dengan baki lagi 20 hari nak berada di Korea nih, maka guru mentor semakin seronok pulak nak bawak saya jalan-jalan meneroka kebudayaan Korea. Kali ini kami ke Daegu Literature Museum yang terletak di tengah-tengah bandaraya Daegu. Lebih kurang 15 minit perjalanan sahaja dengan menggunakan kereta jika dari rumah saya menginap. Bab ke muzium sebenarnya saya suka jugak. Sebab di situlah tempat terbaik untuk kita mengenali sesuatu budaya dan tempat dengan lebih dekat.






Di Daegu Literature Museum ini menempatkan bahan-bahan sejarah yang berfokuskan kepada perkembangan Daegu dari sebuah bandar kepada bandaraya metropolitan seperti sekarang. Daripada jumlah penduduk yang hanya dalam ratusan ribu kepada 3 juta penduduk. 

Segmen pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah bahagian sebelum penjajajahan Jepun, semasa penjajahan Jepun, semasa Perang Korea dan fasa selepas Perang Korea sehingga kini.











Kota Metropolitan Daegu ini sebenarnya telah wujud sejak daripada zaman Dinasti Joseon lagi. Dan Seomun Market pun telah ada sejak daripada zaman itu lagi dan menjadi nadi kepada perkembangan Daegu sebagai kota besar. Cuma dari masa ke semasa, beberapa perubahan pusat bandar dilakukan bagi menyesuaikan lagi dengan kehendak dan keperluan semasa.





Pakaian seragam sekolah pada masa dulu juga dipamerkan. Ketawa kecil guru mentor saya bila melihat pakaian seragam yang beliau sendiri pernah gunakan suatu ketika dahulu. Mengimbau kenangan katanya. Baju uniform pelajar sekolah Korea sekarang adalah berbeza mengikut sekolah masing-masing. 





Kehidupan semasa zaman Perang Korea juga ditunjukkan melalui replika patung. Saya dimaklumkan guru mentor, pada ketika ini, selepas sahaja Korea baru merdeka daripada Jepun selama 35 tahun, merek terpaksa pula berhadapan dengan satu lagi kesusahan, iaitu perang saudara yang menyebabkan Korea berpecah menjadi 2 negara, Korea Utara dan Korea Selatan. 

Pada wkatu ini, kehidupan adalah sangat susah. Negara Korea pada ketika itu sangat susah. Tapi berkat daripada sikap dan usaha rakyat dan pemimpin, maka mereka kembali pulih dan seterusnya menjadi negara maju yang kaya seperti sekarang dalam tempoh hanya 50 tahun sahaja. Hebat!















Beberapa bahagian juga menempatkan tokoh-tokoh yang banyak memberikan jasa kepada pembangunan Daegu. Sesuatu yang sangat bagus untuk kita dapat inspirasi bagi sebuah negara yang hebat. Pendek kata, negara yang hebat datang daripada rakyat dan pemimpin yang hebat!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan