.

.

KARTiKEL

Selasa, 10 November 2015

80 Hari di Korea : Hari 58 (Berjalan Kaki ke Bukit Apsan)

Perjalanan di Korea pada hari ini diteruskan lagi dengan aktiviti berjalan kaki ke Bukit Apsan. Ini merupakan aktiviti kokurikulum sekolah yang dijalankan pada setiap Jumaat. Untuk minggu  ini, adalah giliran untuk aktiviti berjalan kaki dari sekolah ke Bukit Apsan. Aktiviti berjalan kaki ke bukit ini diadakan sekurang-kurangnya 3 kali untuk setiap semester. 





Jaraknya adalah lebih kurang 6km. Saya rasa tak menjadi masalah bagi pelajar-pelajar di sini, kerana mereka memang suka berjalan kaki. Kebetulan pula sekarang adalah pada musim autumn. Maka cuaca memang sangat best untuk nak buat aktiviti riadah yang macam nih. Berjalan kaki, dalam cuaca yang sejuk. Cukup indah!


Pelajar dibahagikan mengikut kelas masing-masing, dengan diiringi oleh homeroom teacher (guru kelas) masing-masing. Saya mengikuti pelajar 1st Grade atas saranan daripada guru mentor memandangkan laluan mereka yang lebih mencabar. 













Peluang ini juga saya ambil untuk bersama-sama pelajar. Ada yang berani berbual-bual dengan saya berbanding sebelum ini yang kebanyakkan nya hanya lebih berani tengok dari jauh. 



Boleh tahan jauh jugak sebenarnya bila berjalan kaki nih. Berpeluh jugak lah walaupun cuaca sejuk dan berangin. Sesekali saya memperlahankan langkah bagi menunggu pelajar-pelajar yang berada di belakang. Cakap-cakap sket bahasa Korea dengan mereka bagi menghilangkan kepenatan mereka. Hehehhe.








Setelah hampir 2 jam berjalan kaki, maka tibalah ke tempat yang nak dituju. Bukan puncak atas sekali, tetapi hanya perhentian di Bukit Apsan ini. Tempatnya memang indah. Terutamanya musim autumn nih dengan pelbagai warna daun. Memang tak menyesal datang jalan kaki jauh-jauh macam nih. Terubat segala kepenatan!


Sempat juga saya praktis menulis nama-nama pelajar dengan sekumpulan pelajar yang terlibat dalam majlis perkahwinan Melayu semasa Nangang Festival. Excited pula mereka bila dapat tahu saya dah mula pandai-pandai sket nak menulis dalam tulisan Hangul.







 Walaubagaimanapun, saya kemudiannya terpaksa mengikut guru mentor untuk menghantar seorang pelajar kerana sakit. Terpaksa tinggalkan pelajar-pelajar tadi tu. Takper, nanti kita main eja lain yer!









0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan