.

.

KARTiKEL

Rabu, 28 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 42 (Persiapan Untuk Nangang Festival)

Bagi sambutan dan persiapan menjelang Nangang Festival, hari nih semua pelajar dan guru bertungkus lumus di kelas masing-masing. Hari Jumaat yang dikhususkan untuk aktiviti kokurikulum, digantikan pada hari ini. Maka pelajar dan guru dapat membuat persiapan lebih rapi untuk 2 hari festival yang bakal berlangsung.




Bagi saya dan Hanne, projek bersama kami di Korea untuk program ini adalah mengadakan majlis perkahwinan Melayu. Memang kami sudah rancang sejak belum datang ke Korea lagi untuk membawa barangan yang sepatutnya. 

Kebetulan dan sungguh bernasib baik, baik Nangang Festival ini, memang ada satu kelas yang memilih Malaysia sebagai negara pilihan mereka. Maka lebih mudah untuk kami menjalankan segala aktiviti seperti yang dirancang. Memang dipermudahkan. 

Kelas tersebut dihias dengan tema perkahwinan. Barang-barang yang berkaitan dengan kebudayaan Malaysia dipamerkan dengan sebaik mungkin. Kerja-kerja menghias dibantu oleh pelajar. Sangat rajin kot. Malam pun mereka masih menolong untuk mempersiapkan segala yang perlu disediakan untuk kelas mereka.






Bagi Nangang Festival ini, selain daripada memperkenalkan budaya bagi negara yang dipilih, pelajar juga perlu membuat persembahan dan mengadakan aktviti kebudayaan dari negara tersebut. 

Untuk kelas kami, selain daripada pameran mengenai barang-barang daripada Malaysia, untuk persembahan selama 10 minit di atas pentas, kami persembahkan majlis perkahwinan Melayu. Perarakan masuk pengantin, siap dengan dulang hantaran dan bunga telur. Kemudian bersambung dengan persembahan tarian Joget daripada 6 orang pelajar.

Nak bagi cantik lagi set bunga telur tu, kami tambahkan lagi dengan bunga telur yang diperbuat daripada tisu yang kami pelajari semasa program orientasi di IPBA. Memang sangat membantu. Pelajar-pelajar Korea nih pun suka dapat buat bunga-bunga tisu camtu.

Manakala bagi aktiviti di dalam kelas pula, pelajar diajar dengan beberapa permainan tradisional Melayu, seperti congkak dan batu seremban. Korea juga ada batu seremban versi mereka yang sedikit berbeza daripada Malaysia. 

Untuk jualan pula kami pilih menjual beberapa buku nota kecil yang diperolehi daripada Tourism Malaysia. Keuntungan daripada jualan tersebut akan dimasukkan sebagai dana bagi kelas tersebut, sama ada untuk aktiviti kelas atau pun aktiviti akademik lain.














Pendek kata, semua persiapan dapat dijalankan dengan baik seperti yang kami rancangkan  dari awal lagi. Guru homeroom teacher (guru kelas) mereka juga sangat membantu. Boleh tengok video mengenai persediaan dan persiapan pelajar-pelajar sekolah Daegu Girls Commercial High School bagi menyambut Nangang Festival!




Yang paling saya kagum adalah kesungguhan pelajar dan guru dalam memberikan yang terbaik untuk Nangang Festival ini. Antaranya adalah:

1. Kelas dihias dengan super melampau. Banyak hiasan dan poster-poster serta binaan bergantung kepada kreativiti mereka.
2. Hiasan dan promosi untuk ke kelas mereka juga ditampal di luar kelas dan di merata kawasan sekolah. Hiasan seperti darah diletakkan di tingkap bagi  kelas mempromosikan rumah hantu. Saya yakin semua tu akan dibersihkan semula sebaik sahaja festival selesai.




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan