.

.

KARTiKEL

Isnin, 12 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 30 (Masjid Daegu / Daegu Islamic Center)

Kebetulan hari ini adalah hari cuti di Korea, iaitu Cuti Hangul. Hari di mana tulisan Hangul (bahasa Korea) dicipta oleh King Sejong, raja terhebat dalam sejarah Korea. Maka saya buat sedikit carian di internet mengenai Masjid Daegu. Yer! Katanya ada sebuah masjid (ataupun Daegu Islamic Centre). Hari nih saya buat sedikit jelajah mencari Masjid Daegu ataupun Daegu Islamic Centre.





Dari apartmen saya perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk berada di tempat menunggu bas yang betul. Bas yang akan melalui laluan sana adalah bernombor 503. Jika dilihat pada sumber internet, paling mudah adalah dengan mencari Jukjeon Middle School yang terletak bersebelahan dengan Masjid Daegu.

Banyak juga aktiviti keagamaan Islam yang dijalankan di sini. Antaranya Solat Jumaat dan juga mengaji Quran yang dijalankan pada setiap Ahad. Bagi Solat Jumaat, sembahyang dijalankan pada jam 1.30 petang. 

Sebelum sampai ke Masjid tersebut, anda akan jumpa beberapa buah kedai yang menjual makanan halal. Ada makanan bertin dan ada juga bahan mentah seperti daging dan ayam. Peniaganya adalah rakyat Pakistan.




Saya kemudiannya terus ke Masjid Daegu / Daegu Islamic Center yang terletak di sebelah kanan kedai tersebut. Tidak seperti Masjid di Itaewon yang tersergam indah di atas bukit, Masjid Daegu ini hanyalah bangunan yang kelihatan seperti deretan kedai. Ada sedikit binaan kubah dengan simbol bintang dan bulan bagi menunjukkan ianya adalah bangunan bercirikan Islam.

Bahagian dalam Masjid terdiri daripada 2 tingkat. Tingkat bawah menempatkan ruang sembahyang untuk perempuan, serta pejabat bagi Pusat Islam Daegu ini. Manakala tingkat atas pula menempatkan ruang sembahyang untuk lelaki yang lebih luas. Bahagian atas ini juga digunakan untuk sembahyang taraweh dan juga ceramah agama.

Kebetulan saya datang pada hari Jumaat, maka ramai lah yang saya dapat jumpa hari ini. Kebanyakkan nya adalah warga Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Hanya beberapa orang sahaja yang saya lihat daripada warga antarabangsa yang lain seperti dari Turki, dan negara Arab lain. Muka Malaysia Indonesia lagi lah susah nak nampak. Rasanya saya, hanya saya seorang saja kot warga Malaysia pada ketika ini.






Khutbah disampaikan dalam bahasa Urdu, saya rasa. Lagipun kebanyakkan yang datang pun adalah warga Pakistan. Molek benar lah tu. Walaupun tak berapa nak faham, saya buat-buat faham jugak lah.. Ha ha ha.

Tapi ok lah. Pengalaman yang bagus. Memang betul-betul berada di negara orang. Asing, tetapi Islam menyatukan semuanya. Anggaran saya, lebih kurang 100 orang yang bersembahyang Jumaat di situ.. Ramai jugak lah.. 

Selesai sembahyang Jumaat saya bergegas ke sekolah semula sebab dah janji dengan Eun Songsaenim untuk ke Kompleks Komputer dan barang elektronik yang terbesar di Daegu, iaitu EXCO. Yang nak tengok video sekitar Masjid Daegu atau Daegu Islamic Center nih, boleh tonton video di bawah. 





4 ulasan:

  1. nape kalau kat tempat gini..ramai yg dari pakistan,bangladesh dan seangkatan dgnnya..depa bole cakap korea ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang datang kerja nih cg khairul..rasanya ada yg boleh ada juga yang tak boleh.. :D

      Padam
  2. salam nk tanya..kalau dari busan ke daegu..mcm mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. Busan nak ke Daegu boleh guna bas atau nak senang guna keretapi laju, KTX. 2 jam guna bas, 45 minit guna KTX.

      Padam