About Me

80 Hari di Korea : Hari 37 (Gyeongju : Bulguksa, Cheomseongdae & Anapji)

Hari nih saya bersama-sama Hanne dan juga Pengetua serta guru Mentor akan bergerak ke Gyeongju. Gyeongju nih kawasan yang disenaraikan dalam UNESCO World Heritage Site sebab ada banyaknya kawasan-kawasan bersejarah yang ada di sini. Peninggalan sejarahnya ada sejak daripada Zaman Syilla Dinasti lagi, terutamanya peninggalan kuil-kuil Buddha kuno. 




Perjalanan dari Daegu memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk ke Gyeongju dan tiba di sana dalam jam  12 tengahari. Tempat pertama yang kami pergi adalah ke Bul guk sa Temple. Kuil Buddha ini memang lama dan berusia ribuan tahun. Jadi tarikan sebab senibina nya yang cantik. 








Dari sana kami bergerak ke kawasan bandar Gyeongju bagi mengunjungi satu Ekspo Silkroad. Ekspo yang mempamerkan hasil sejarah dan kajian semula mengenai perjalanan perniagaan semasa Jalan Sutera. Menariknya, negara-negara yang terlibat dalam perniagaan Jalan Sutera juga mengadakan pameran dan jualan. Termasuklah Malaysia!






Kemudian bergerak ke bahagian menara yang menempatkan pameran bagi drama Korea yang mengambil tema daripada zaman tersebut, termasuklah satu drama Korea yang saya minat, iaitu The Sun Embracing the Moon. Dulu tengok memang tak banyak sangat idea. Tapi kalau sekarang tengok, tentu lebih banyak lagi benda yang saya boleh faham.




Di bahagian bawah pula ada sebuah pentas yang besar. Wedding of the Two Towers dipersembahkan pada malam ini dengan menggunakan adat perkahwinan dahulu kala daripada zaman Syilla Dinasty. Malah untuk persembahan ini juga, buat pertama kali nya perkahwinan ikut adat Syilla Dinasty dijalankan setelah hampir 1000 tahun terkubur. Maka segala kajian dan kitab dibuka semula bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengenai pakaian dan beberapa adat lain yang berkaitan.




Selesai menyaksikan majlis perkahwinan Syilla Dinasty tersebut, kami bergerak ke Cheongseomdae. Sebuah tugu peringatan yang dibina. Fungsinya macam kurang jelas. Dan ada beberapa teori yang mengatakan dengan fungsi yang berbeza. 






Di kawasan berhampiran boleh juga nampak beberapa bukit kecil bertaburan. Saya ingatkan hanya sebagai bahan untuk memperelokkan taman yang ada di situ. Rupanya itu adalah kubur bagi para bangsawan dan raja pada suatu ketika dahulu. Lebih besar bukit tersebut, maka lebih besarlah darjatnya semasa hidup dulu.

Kemudian kami dibawa ke Anap Ji. Sebuah kawasan taman yang dulunya digunakan sebagai taman untuk golongan istana berehat dan santai. Suasana waktu malamnya sangat cantik.




Dan seperti kebiasaan orang Korea yang lain, kyo jang songsaenim dan kim songsaenim membawa kami untuk minum kopi di kedai yang best, Schumann and Clarar Coffee House. Kedai kopi nih sangat popular sebab mereka menghasilkan kopi sendiri. Dekorasi dalam nya pun sangat lawa. Kedai juga menghasilkan roti.

Gyeongju juga sebenarnya sangat popular dengan Roti Gyeongju. Roti dengan inti kacang merah. Boleh cuba bagi yang berminat nak cuba Roti Gyeongju. 






Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Found your post interesting to read. I cant wait to see your post soon. Good Luck with the upcoming update. This article is really very interesting and effective.

    BalasPadam