.

.

KARTiKEL

Jumaat, 18 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 09 (Mesyuarat Guru & Khidmat Masyarakat)

Hari ini, saya lewat sket ke sekolah. Siapkan bekal, kemaskan rumah dulu sebelum ke sekolah. Pastu berjalan kaki laju gila ke sekolah, sebab takut sampai lewat. Laju sungguh. Rasanya orang Korea pun kalah kalau lawan jalan kaki masa nih. Ha3. Apa pun, saya sampai pukul 8.00, 10 minit awal daripada masa yang diberikan, iaitu 8.10. Tapi, tuan pengetua dah terpacak kat depan gate, tunggu pelajar-pelajarnya. Hu3.. "annyeong hassemika, kyo-jang songsaenim... ". Mampu sengih saja lah..




Kemudian saya mohon kebenaran Pengetua untuk mengikuti mesyuarat / taklimat harian mereka yang diadakan pada setiap pagi pada jam 8.20. Taklimat pagi ini hanya selama 10 minit dan berlangsung di bilik guru. Semua guru berada di tempat masing-masing. Hanya mendengar apa yang nak dimaklumkan atau diberitahu dari pihak pengurusan sekolah. Selesai berucap, semua guru terus masuk kelas seperti biasa.


Seterusnya saya ke English Classroom, tempat duduk yang disediakan untuk kami. Kim Songsaenim datang dan memberikan modul baru Bahasa Korea untuk percakapan. Hu3.. kena hafal banyak lagi.. Tulisan Hangul arituh pun tak lepas lagi nih. InshaAllah, slow-slow belajar.


Menariknya hari ini adalah kerana kami ada aktiviti ko-kurikulum, iaitu khidmat masyarakat. Setiap 2 kali dalam satu semester, satu sekolah akan keluar dan menjalankan aktiviti ko-kurikulum di luar bersama-sama. Ada kalanya, aktiviti memanjat gunung, atau membersihkan kawasan, atau menolong orang tua. 




Oleh sebab bilangan pelajar yang ramai, maka kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan, ada tugasan masing-masing. Bagi kumpulan saya, kerja amal kami memerlukan kami untuk menggunakan monorel. Maka pertama kali jugak lah saya gunakan kad pengangkutan di Daegu ini.

Dari sekolah, kumpulan kami yang terdiri daripada 17 orang pelajar dan 2 orang guru berjalan kaki sejauh 15 minit untuk ke Sangnam Station, iaitu stesyen monorel yang terdekat. Dari sana plak, dengan menggunakan monorel, kami ke Stesyen Yonggi, iaitu stesyen terakhir dalam metro line ke-3 nih.


Dari sana, berjalan kaki pulak lagi dalam 5 minit untuk sampai ke destinasi yang nak dituju, iaitu Beommeul Community Service Centre. Ala-ala pusat kebajikan ler. Sedikit taklimat diberikan kepada kami, (memang tak faham apa pun) dan seterusnya kami dipecahkan lagi kepada 2 kumpulan kecil. 






Kumpulan pertama berada di pusat kebajikan tersebut untuk melekatkan stiker pada kotak bekalan makanan yang bakal diberi kepada orang tua, beza upaya dan kurang berkemampuan. Manakala kumpulan kedua pula bergerak ke satu lagi destinasi dengan menggunakan van.

Kumpulan kedua punya kerja amal adalah mengira kutipan wang derma daripada pelajar-pelajar sekolah di Daegu kepada World Vision, iaitu satu badan antarabangsa yang mengumpulkan dana bagi membantu kanak-kanak di Afrika dan negara Asia yang miskin. Kami perlu membuka tabungan yang dikutip mengikut sekolah dan mengasingkan duit syiling dan wang kertas.




Tabung adalah bekas plastik guna semula yang mudah digunakan dan disimpan oleh pelajar. Jadi, lepas dikoyakkan untuk diambil wang derma, plastik tadi akan diguna semula bagi membuat tabung baru pula. Hebat!

Tapi yang saya lebih kagum adalah kepercayaan yang diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut untuk menguruskan duit kutipan derma, tanpa ada pemantauan pun daripada pihak rumah kebajikan. Maknanya mereka hampir pasti dan yakin yang pelajar memang tak akan mencuri atau mengambil duit-duit derma yang banyak tu.. Hmmm.. harus sama-sama fikirkan!










Urusan kami selesai dalam masa 2 jam. Cekap dan pantas pelajar-pelajar nih buat kerja. Saya ambil kesempatan untuk bersama mereka bagi membina hubungan guru-pelajar yang lebih baik. Sebab minggu depan dah mula masuk ke kelas demi kelas untuk observe dan seterusnya membantu guru untuk mengajar. 

Feedback mereka baik. Ada yang berani menegur saya dengan menggunakan Bahasa Korea. Malangnya, penggunaan Bahasa Inggeris yang sangat minimum menghalang perbualan menjadi lebih rancak. Saya terpaksa usahakan Bahasa Korea saya dengan lebih cepat!




Perjalanan pulang ke rumah, masih lagi saya terfikir. Bagaimana etika dan adab yang sebegitu hebat bagi anak-anak Korea ini dibentuk? Banyak lagi rupanya yang saya perlu gali nih.. Jemput tonton video di bawah untuk gambaran sebenar. Tunggu update seterusnya yer! ;)








0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan