.

.

KARTiKEL

Rabu, 16 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 05 (Penutupan, Menuju ke Daegu)

Hari ini adalah hari terakhir kami bersama-sama di APCEIU, Seoul. Selepas majlis tengahari nanti, maka berpisahlah membawa haluan masing-masing. Semua perasaan pun ada. Tak tau lagi apa yang nak datang dan akan hadap sepanjang 2 bulan lagi di sekolah masing-masing. 





Majlis penutupan program Local Adjustment berlangsung di Glad Hotel. Selepas check out pada awal pagi, semua beg diletakkan di bahagian lobi. Satu majlis yang besar diadakan dengan wakil kedutaan dan Kementerian Pendidikan dari negara delegasi yang menyertai, iaitu Korea, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Mongolia. 

Meja diasingkan mengikut sekolah. Setiap sekolah akan diwakili oleh sekurang-kurangnya 2 orang wakil, sama ada Pengetua dan Guru Mentor. Bagi guru-guru dari Mongolia dan Vietnam yang kurang fasih berbahasa Inggeris, penterjemah juga disediakan bagi memudahkan komunikasi dalam kelas.





Sebelum berlangsungnya majlis penyerahan guru kepada sekolah masing-masing, setiap negara dikehendaki membuat persembahan. Bagi delegasi Malaysia, kami mempersembahkan tarian Zapin. Zapin Tenglu  kalau tak salah saya.


Tidak lah berapa cantik dipandang. Tapi dengan persediaan latihan selama 1 minggu, saya yakin ini dah lebih daripada cukup baik. Kalau tak, takkan lah berpusu-pusu delegasi lain datang ke depan nak merakam persembahan kami. Tepukan paling gemuruh kot.. (hahaha.. perasan!) TQ untuk Cikgu Eizhar dan Cikgu Afiq yang banyak melatih kitorang yang keras kaki dan tangan nih untuk menari dengan lebih baik. Anda memang hebat!





Semeja dengan saya adalah Pengetua Daegu Girls Commercial High School, Mr Baek. Tapi beliau hanya mahu dikenali dengan nama, Kyo-Jang Songsaenim (Cikgu Besar = Pengetua). Baik orangnya. Bahasa Inggeris agak ok dibandingkan dengan Korea yang lain. Juga Guru Mentor, Mr Kim yang dikenali sebagai Kim Songsaenim. 

Kedua-duanya datang ke Seoul dari Daegu dengan menggunakan kereta. Terharu plak. Bersungguh diorang nak sediakan yang terbaik untuk kitorang. Kalu tak, tak pasal nak angkut beg-beg besar yang berat naik train bagai.


Selesai majlis pada pukul 2 petang, kami terus berpisah dengan rakan-rakan lain. Sedih kot. Lagi sedih sebab memikir nasib diri. Tapi sepanjang perjalanan dengan Pengetua dan Guru Mentor, memang diorang telah mencuba yang terbaik dalam mengenal dan memberikan apa yang terdaya kepada kami. 

Turut diceritakan adalah mengenai Daegu, bandar Korea yang agak asing bagi orang Malaysia. Tapi sebenarnya sangat popular dalam masyarakat Korea. Daegu atau juga dieja sebagai Taegu merupakan bandar metropolitan ketiga terbesar di Korea, selepas Seoul dan Busan. Terletak kira-kira 3 jam dari Seoul dan 1 jam dari Busan, bandar ini merupakan bandar kelahiran jenama terkenal dunia, iaitu Samsung!





Selain daripada itu, Daegu juga dikenali sebagai bandar epal suatu ketika dahulu. Kata Kim Songsaenim, epalnya besar-besar kot. Malah ada pepatah Korea mengatakan kalau nak cantik, mesti makan epal setiap hari. Patut lah orang Daegu nih lawa-lawa katanya.

Turut dikongsikan adalah tempat-tempat menarik di Daegu seperti Neomun Market, yang merupakan pasar basah terbesar dalam provinsi Daegu dan juga beberapa kawasan yang sudah diwartakan dalam UNESCO Heritage.


Kami dibawa ke penginapan yang terletak lebih kurang 200 meter daripada sekolah. Bertentangan dengan Stesyen Radio Daegu. Sebuah studio apartmen bagi setiap orang. Fully furnished. Lengkap dengan air panas dan kemudahan internet. Lebih mengharukan sebab Pengetua sendiri yang mengeluarkan duit untuk membeli cadar dan selimut baru untuk kami, beserta peralatan dapur dan 2 kampit kecil beras. Wahhh.. rasa sangat beruntung dilayan baik sebegini rupa. Kagum sekejap.





Pengetua dan Kim Songsaenim cepat-cepat mohon diri bagi memberi ruang kepada kami untuk berehat selepas 4 jam perjalanan panjang dari Seoul. Tak dapat juga nak tidur awal sebab dah terbiasa untuk seminggu dua ini. Mujurlah juga rakan-rakan di sekolah juga mula memberikan maklumbalas baik melalui facebook masing-masing. 





Ok. Boleh tengok video untuk pemandangan nak ke Daegu dengan lebih jelas. Maaf sebab tak banyak video di Daegu, sebab sampai dah gelap masa tu. Tak sabar nak ke sekolah esok!









0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan