About Me

Permohonan ke UiTM Bagi Sesi Akademik 2 2015 / 2016

UiTM sekali lagi membuka iklan permohonan ke UiTM bagi sesi akademik 2 bagi tahun 2015 / 2016 bermula daripada 6 Julai sehingga 10 Ogos. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula daripada tarikh yang disebut dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon melalui cawangan BSN / Mesin ATM / MyBSN / SMS Banking. Tengok di bawah bagi syarat-syarat permohonan yang lain. 

Permohonan ke UiTM Bagi Sesi Akademik 2 2015 / 2016
Permohonan ke UiTM Bagi Sesi Akademik 2 2015 / 2016

1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula 6 Julai 2015 (Isnin). 
2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2015 atau di http://www.selangkah.uitm.edu.my 
3. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 6 Julai 2015 (Isnin) hingga 10 Ogos 2015 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/MesinATM/MyBSN/SMS Banking. (No. slip yang dibeli sebelum 6 Julai 2015 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini). 
4. Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/ PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. slip di BSN. 
5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, TIADA pemulangan bayaran. 


Permohonan ke UiTM Bagi Sesi Akademik 2 2015 / 2016


SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA: 
1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan. 
2. Bumiputera Warganegara Malaysia. 
3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon. 
4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya. 
5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM. 
6. Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN MEMOHON ke peringkat pengajian yang sama kecuali pada peringkat yang lebih tinggi.





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Perlu ke saya pos Salinan sijil2 ke bahagian pengambilan pelajar,cikgu

    BalasPadam
  2. kalau saya beli no pin bsn pada bulan disember 2015 atau ikut tarikh tahun depan?? saya baru habis spm 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ker saya beli no pin bsn pada tahun depan ? atau pun disember 2015 ?

      Padam