.

.

KARTiKEL

Jumaat, 3 Julai 2015

Idea P&P Sains : Buat Elektroskop Sendiri

Idea kreatif Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Syafiqah Sophia dalam group Cikgu Sains Kreatif. Ideanya adalah membina elektroskop sendiri dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi di rumah. Idea bagi Sains Tingkatan 3, bab 7 iaitu keelektrikan. Memang terbaik idea nih. Rasanya belum pernah jumpa lagi kat mana-mana sebelum nih. Terima kasih banyak untuk perkongsian best nih.


Idea P&P Sains : Buat Elektroskop Sendiri
Bina elektroskop sendiri di rumah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. Wayar kuprum
2. Aluminium foil (bentuk titisan air)
3. Botol mineral
4. Batang lolipop / straw


Cara-cara nak menghasilkannya mudah sahaja. Langkah pertama adalah set up seperti dalam gambarajah di atas. Kemudiannya uji dengan cara gosokkan sikat pada kain bulu. Jika elektroskop anda berfungsi dengan baik, anda akan dapat melihat kepingan aluminium foil tu akan mencapah.

Ok, selamat mencuba yer!


1 ulasan: