About Me

Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam

Pada 12 Mei yang lalu, saya berpeluang untuk memberikan Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam. Atas jemputan dari pihak sekolah melalui Cikgu Jainon, ini pertama kali juga saya ke sekolah tersebut. Kedudukan sekolah agak terpencil, dengan murid hanya terdiri daripada lebih kurang 300 murid untuk Tingkatan 1 - 5. Sikit kan?


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam


Calon PT3 pada tahun nih pula lebih kurang 80 orang. Rasanya hanya ada 3 kelas kalau tak salah saya. Senang juga untuk dikawal sebab tak ramai. InshaAllah jika kena dengan caranya, lebih senang nak membantu setiap pelajar secara individu.

Menariknya di sini, saya juga bertemu dengan kumpulan pelajar yang lebih berbilang bangsa dan negeri. Semuanya adalah kerana mengikut ibubapa yang bekerja di sempadan Malaysia - Thailand, samaada sebagai askar atau pun pegawai lain seperti Kastam dan Imigresen. Dari Sabah dan Sarawak pun ada tau!


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam




Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam


Sesi pada awalnya agak diam. Mungkin pelajar belum biasa dengan saya, atau juga kerana mungkin dah rasa tak sabar nak balik sekolah. He3... apa pun saya cuba melakukan yang terbaik dalam berkongsi beberapa tips yang dirasakan boleh membantu pelajar menjawab soalan Sains PT3 nanti, terutamanya yang berkaitan dengan KBAT. 

Keadaan semakin aktif dan makin banyak interaksi antara pelajar dan saya. Jadi lebih senang saya nak bergerak dan bercerita. Semoga perkongsian ini memberi input berguna kepada pelajar. 


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam


Secara keseluruhannya saya rasa sesi ini berjalan dengan baik sekali. Pelajar menunjukkan minat dan usaha terhadap apa yang cuba disampaikan. Beberapa penilaian secara lisan juga dapat dijawab dengan baik oleh pelajar. InshaAllah ada yang bakal menyumbang A nanti semasa PT3 kelak. Saya doakan. Amin!


Cikgu Hailmi Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Bukit Kayu Hitam


Tak lupa juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, terutama sekali Cikgu Jainon yang sudi menjemput saya untuk sesi ceramah. Juga kepada Cikgu Norida yang bersama membantu mengawal kelas sepanjang ceramah berlangsung. Terima kasih juga atas layanan yang terbaik daripada pihak sekolah.

Kenangan makan mee goreng dan teh o ais ala orang bujang dalam makmal, inshaAllah tak saya lupakan. Terima kasih semua! :)



Catat Ulasan

0 Ulasan