.

.

KARTiKEL

Jumaat, 22 Mei 2015

Idea Perbincangan Jawapan Selepas Peperiksaan

Sesi perbincangan jawapan selepas peperiksaan merupakan satu lagi kaedah pembelajaran yang penting kepada pelajar dan guru. Perbincangan jika dijalankan dengan berkesan, mampu memberi impak positif kepada pengetahuan murid di samping memberikan input berguna kepada murid dan juga guru. Ini adalah sedikit perkongsian daripada aktiviti yang saya jalankan dengan pelajar semasa sesi perbincangan jawapan baru-baru ini. 




1. Pelajar berada dalam kumpulan kecil (3 - 5 orang)

2. Pelajar membincangkan jawapan yang paling tepat

3. Setiap kumpulan perlu memberikan satu set jawapan sahaja daripada perbincangan mereka tadi.

4. Guru membincangkan jawapan bersama pelajar sambil jawapan kumpulan tadi disemak.

5. Kumpulan yang tidak mencapai markah sasaran (bergantung kepada ketetapan guru, 40/50) akan didenda dan dihukum.

6. Selesai semua sesi perbincangan, baru lah kertas jawapan individu diedarkan.

7. Pelajar membuat pembetulan bagi jawapan yang salah sebagai kerja rumah.





Tempoh masa bagi menjalankan aktiviti ini adalah 2 waktu pdp dengan 40 minit bagi sesi perbincangan dalam kumpulan dan waktu selebihnya untuk perbincangan bersama guru. Walaubagaimanapun, tempoh masa ini juga bergantung kepada keperluan guru masing-masing. 

Kawalan guru semasa sesi perbincangan sesama pelajar adalah sangat penting. Guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan juga membimbing pelajar dalam mendapatkan jawapan yang terbaik. Kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan juga sesi pembelajaran tidak mencapai seperti yang dikehendaki.






Rasional daripada aktiviti ini adalah membolehkan perbincangan diadakan sebanyak 2 kali iaitu, sesama rakan sebaya dan juga bersama dengan guru. Guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan pelajar semasa aktiviti perbincangan. Tindakan spesifik boleh dijalankan dengan lebih berkesan.

Sebagai penambahbaikan, guru bolehlah menetapkan pelajar daripada pelbagai aras untuk berada dalam kumpulan yang sama. Guru juga boleh mengadakan sedikit pertandingan bagi memotivasikan pelajar untuk mendapatkan markah yang tertinggi. 

Selamat mencuba! :)



7 ulasan:

  1. dulu selalu kena marah ngn cikgu dah jawab kenapa nak bz nak chek jawapan hehehe
    www.kucinghitam.net

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhaha... tak sabar sangat kot tu.. ;)

      Padam
  2. Waktu perbincngn tu.. perlu ke rujuk buku teks.. atau bgntung pd pengetahuan plnr

    BalasPadam
  3. bagus ni..

    boleh digunakan...

    jemput singgah..
    http://koleksisainspercuma.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Macam menarik je...mesti cuba

    BalasPadam
  5. Cg hailmi, masa murid bncg dgn rakan tu kita beri kertas soalan mereka ke atau cmne? Mohon pencerahan. Tq

    BalasPadam