.

.

KARTiKEL

Isnin, 11 Mei 2015

Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun

Pada 5 Mei yang lalu, saya telah dijemput untuk berkongsi mengenai Tips Menjawab Soalan Sains PT3 di SMK Changlun yang juga terletak dalam PPD Kubang Pasu, Kedah. Dijemput oleh Cikgu Fauziah, guru Sains Tingkatan 3, saya terus menerima tawaran tersebut memandangkan kesesuaian masa. Jarak yang agak jauh, menyebabkan saya tiba lewat daripada masa yang dirancangkan. Tambahan pula ada sekatan jalanraya, menyebabkan saya tiba di sekolah tersebut pada jam 3 petang. Maafkan saya atas segala kelewatan.


Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun


Mujurlah adik-adik yang berada dalam Bilik Mesyuarat tu sabar menunggu saya. He3.. Maafkan cikgu sekali lagi yer. Memandangkan ruang yang kurang mencukupi, maka bilangan pelajar yang menyertai ceramah ini adalah lebih kurang 90 orang, iaitu pelajar dari 4 kelas. Sebaik sahaja selesai menguruskan diri, saya terus memulakan sesi saya selama 2 jam tersebut. 


Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun


Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun


Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun


Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun


Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun


Ceramah Sains PT3 di SMK Changlun


Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar ini mempunyai kefahaman yang sederhana dan masih boleh ditingkatkan. Beberapa konsep yang diuji memperlihatkan tahap penguasaan mereka terhadap subjek tersebut. Walaubagaimanapun komitmen mereka sepanjang sesi tersebut adalah sangat memuaskan dan interaksi yang sangat baik antara mereka dan saya.

Tanpa diduga juga, rupanya salah seorang guru yang setia menemani pelajar ini untuk sesi ceramah saya adalah merupakan guru yang pernah saya gantikan semasa beliau cuti bersalin semasa berkhidmat di SM Teknik Kangar sebagai guru bagi subjek Kimia. Pertemuan tanpa diduga dengan tuan empunya badan benar-benar memberi kesan kepada saya.  Kecik nya dunia!

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua adik-adik daripada SMK Changlun ini. Semoga berjaya menempa kejayaan bagi subjek Sains untuk PT3 yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober nanti. Sampai bertemu lagi!

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan