.

.

KARTiKEL

Sabtu, 24 Januari 2015

Kenangan Akhir di Bumi Sibu Sarawak Dengan Pelajar

Rasanya ramai yang dah tahu, mengenai pertukaran saya ke Kedah. Kini dah tak lagi berkhidmat di bumi Sibu, Sarawak. Tempat posting pertama saya. Tempat saya menimba ilmu sebagai seorang guru. Tempat yang penuh dengan kenangan. Dan tempat yang penuh dengan perasaan. Namun, rezeki dan ketetapan Allah itu jauh mengatasi segalanya. Maka saya akur dengan pilihan saya, sekalipun ada rasa rindu dan kesedihan yang melampau bila terkenangkan anak murid dan rakan-rakan di sana. 


Sebenarnya, sebaik sahaja saya mula mengetahui perkhabaran pertukaran saya, saya dah mula menghubungi ramai bekas pelajar dan juga pelajar yang masih saya ajar pada tahun 2014. Hajat saya hanya satu sahaja, iaitu nak bertemu dengan mereka. Mungkin juga ada sesetengah adalah untuk bertemu buat kali terakhir!



Kenangan Akhir di Bumi Sibu Sarawak Dengan Pelajar
Kenangan terakhir di bumiSibu, Sarawak

Seorang demi seorang saya aturkan perjanjian. Dan sebaik sahaja kaki saya menjejak ke bumi Sibu, maka saya mulakan satu demi satu pertemuan akhir tersebut. Sedih! Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya nak menyatakan kepada mereka bahawa saya kini sudah tidak berkhidmat di bumi Sarawak lagi. 

Mana tak sedih, bila ada sebahagiannya yang saya dah anggap seperti keluarga sendiri. Ada ketikanya, mahu saja menitis air mata ini, tapi saya tabahkan juga hati bagi memberi sedikit kekuatan untuk mereka. Bahawa mereka juga mampu 'survive' tanpa saya! 

Bagi mengabadikan kenangan terindah tersebut, maka saya rakamkan melalui lensa kamera telefon murah saya nih. Sebanyak mungkin. Semoga dengan adanya gambar-gambar tersebut, dapat juga saya mengimbau kembali kenangan bersama mereka, suatu ketika nanti. Saya sertakan di bawah ini juga, sedikit kisah mengenai kenangan antara saya dan mereka.



Charry Fressly dan keluarganya.
Ini pelajar yang banyak beri 'tuah' untuk saya.
Masa dia Tingkatan 1 (2012), saya 'tangkap' dia untuk belakon
Video Kasut Kelopak Jantung - The Movie
Hasilnya, video tu sekarang dah ditonton hampir 189 000 view kat Youtube.

Naik tingkatan 2 (2013), sekali lagi saya gunakan untuk belakon
Antartika Lestari, anjuran USM
Tak sangka, boleh dapat Naib Johan Peringkat Kebangsaan

Naik Tingkatan 2 (2014) saya upgrade tugas beliau untuk jadi Pengarah
Liga Remaja Kreatif, Jalur Lebar Untuk Pendidikan
dan hasilnya..
Johan Peringkat Kebangsaan!

Kunjungan saya ke Rumah Dingon, Sekuau.
Roland, Jessica, Arzona, Claudia, Gebsson, Andrew Megong,Desmond dan Cikgu Ngayon

Rh Dingon nih banyak tinggalkan kenangan untuk saya.
1. Semasa shooting bagi ANT2014
2. Shooting bagi video Johan LRK2014

Selfie bersama pelajar dari Rh Dingon, Sekuau

Jackson Tinggi dan Maxkiyon di Sekuau

Steven Mulok, Jaysam Minggai, Claudya Dujong, Steven Wong, Reynold Ansi dan Harry Badul.
Mereka nih saya ajar sejak dari Tingkatan 1 (Sains) hinggalah mereka Tingkatan 5 (Kimia)

Gebbson Belawan, dari Rh Dingon, Sekuau.
Antara pelajar yang selalu menghubungi saya.
Kenangan dengan sofbol, sebagai 1st base terbaik.

Hari terakhir, Gebbson berikan saya sebilah Parang Iban (Ilang) yang cantik!
Hadiah kenang-kenangan dari familynya..
TQ!

Bonica Stella dan Celinea Sani.
Dua gadis comel nih memang besfren sejak dari T1 hingga T6.

Asalnya bukan budak sukan
Lemah lembut, sopan santun je keduanya.
Tapi lepas dipaksa oleh saya, rupanya ada bakat terpendam.
Wakil sofbol, sehingga ke peringkat Sarawak.

Hebat kan?

Christopher Klin dan Harry Boi.
Kedua-dua nya pemain sofbol saya.

Franklaen aka Alin

Justine Jilom di Kampung Melinau, Selangau.
Walaupun tak ajar, tapi Jilom nih antara pelajar yang baik dengan saya.

Bersama keluarga Nicholas Ampong dan Marylin Yin di Pasar Selangau.

Sumiyati, Marilyn Yin dan Nicholas Ampong.
Saya ajar mereka Sains dari Tingkatan 1 - 3.
Masih berhubung sekalipun mereka lepas tu berpindah ke MRSM Mukah.

Keluarga Nicholas Ampong,
antara keluarga yang baik dengan saya sepanjang di Sibu

Warren Jambi
Anak kepada bekas Pengerusi PIBG, Encik Dali Merawing.
Saya memang tak pernah ajar dia, tapi selalu bertegur di asrama.
Sejak dari KP, sehingga lah meninggalkan sekolah.
Walaupun gaya macam rock sket, tapi pandai hormat cikgu

Keluarga Steward Selan di Rh Senabong, Selangau
Antara keluarga yang saya paling rapat di Sibu

Stanley Surang.
Pelajarnya sedikit nakal, sekalipun bapa adalah Tuai Rumah
Tapi masih tahu hormat cikgu.
Saya antara cikgu yang rapat dengan dia.
Semoga jadi lebih baik nanti yer..

Encik Kinaphine, Rh Tatom, Tabau Stapang
Satu lagi keluarga yang saya rapat di Sibu

Aki dan Inek Palong di Rh Tatom.
Masa saya nak bawak cucunya ke KL, sempat Inek nih datang bisik kat saya
"Jauh d mai ucu ku bejalai.. nyaga ia manah aok.. "

"Jauh kamu bawak cucu saya berjalan..jaga dia baik-baik yer.. "

Adik Sebastian Sandai,
adik kepada seorang pelajar saya di Rumah Tatom, Tabau, Stapang
Adik Sebastian nih sebenarnya penghidap Autism.
Saya antara orang yang sentiasa mengikuti perkembangan dia.

Saat akhir masa saya nak meninggalkan rumah panjang dia,
Dia menangis.. minta nak ikut..
Alahai... ;(

Ellecy, Rh Gisang. Pelajar yang cukup suka panggil saya Cikgu Zizan.
Hanya kerana hidung.. haishhh.. 

Jicky Richard dan Jarau Richard.
Dulu ajar si abang (Jarau), kemudian ajar si adik plak (Jicky)

Fazzley aka Pok,
generasi kedua saya ajar selepas kakaknya, Peggy Alista Dayang

Keluarga Adika Ikom dan Norannatasha.

Marvine Rayong, pitcher sofbol saya

Keluarga Ohkie Belun
Ini juga antara keluarga yang betul mengenali saya.
Kakak kepada Ohkie, Theresa juga anak didik saya

Halifean. Pelajar harapan untuk meneruskan misi drama di sekolah.
Tapi menunjukkan kurang minat sket.
Semoga dia gembira dengan apa minat dan kesukaan nya

Adik kepada Steward Selan.
Tak ingat plak nama dia..;)

Bersama bapa kepada Steward Selan, Desmond Lorens dan Ruma

Tading Renang.
Ini pun antara pelajar yang selalu hubungi saya

Jicky.
Pemain sofbol saya yang berjaya melayakkan diri mewakili Sarawak

Steward Selan, dari Rh Senabong, Selangau antara pelajar yang baik dengan saya.

Jeannidy Ajang.
Pelajar kelas belakang, tapi sangat hormat dengan cikgu.

Lilian Tan May Fern.
Kacukan Iban dan Cina
Antara pelajar perempuan yang sangat baik dengan saya.

Hari berjumpa nih, dia sanggup tumpang aunty dia datang ke Sibu.
Sebab rh panjang dia terletak hampir 2 jam perjalanan dari Sibu.
Taching kan?

Keluarga Cikgu Stanley dan Cikgu Margaret
Antara family yang saya baik di Sibu.
Saya ajar Roderick dan Sophea.
Roderick juga termasuk team yang Johan LRK2014.
Moga terus mengharumkan nama Sarawak yer..

Ini di Rh David, jalan Sekolah Sang Ming.
Robert Jimbun dan Joseph.
Kedua-dua nya saya ajar, dua-dua saya baik.

Gebbson dan Warren Jambi.
Malam nih diorang datang ambik saya bawak pegi tengok wayang.
"The Seventh Son"

Buat short trip ke Kem PLKN Bukit Saban sebab nak jumpa 2 pelajar nih.
Ohkie Belun dan Jasmine Samai.
Banyak kenangan dengan diorang.
Jadik Johan LRK2013 dan juga masa pegi KL CONVERGE!

Simon Peter, antara batch pelajar pertama yang baik dengan saya.

Maxson Avit dan Mackolas Galang.
Dua beradik nih saya baik sebab dua-dua nya pernah berlakon untuk saya.
Cuma rezeki tak dek nak pegi jauh.

Franke Jabang.
Setiap kali dia jumpa saya, pasti dia akan cakap,
"Kerana cikgu lah saya berada di MRSM sekarang.."
Touching kan?

Lagi sedih, bila dia sanggup datang nak jumpa saya dari rumah dia di Arip,
kira-kira 2 jam untuk ke Sibu, dengan alasan,
"blom tau lagi bila nak dapat jumpa cikgu pasnih... "
( T - T )

Ini kenangan dengan Charry Fressly bersama adik dia
semasa saya berkunjung ke rumah mereka dalam ladang Dijih.

Norshila dan adik beradiknya.
Walaupun dah pindah ke SAKURA (Sains Kuching)
tetapi masih berhubung dengan saya sehingga kini.
All da best untuk SPM nanti yer!

Pelajar-pelajar asrama yang selalu menolong saya

Pelajar asrama yang selalu datang tegur-tegur saya

Ryness Janggu, Billy pelajar tingkatan 3 2014
Herman Untam dan Christina Adang
Kedua-dua nya memang sangat baik dengan saya.
Setiap kali balik dari cuti universiti, pasti diorang akan datang ke sekolah untuk bertemu dengan saya.

Jackson Insa, Alexander Iba, Helmi dan Maxwell Igat.
Pelajar kelas belakang, tapi yang ini lah yang selalu dok ingat kat cikgu dia nih.. 

Joedexpher dan Jane Vanessa.
Selalu gak menolong saya untuk benda-benda drama nih.

Harapan saya tak lain dan tak bukan, mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga mereka juga menjadi insan yang berjaya seperti orang lain. Semoga mereka baik-baik saja di sana. Dan.. semoga juga saya ada kesempatan dan peluang untuk bertemu mereka, sekali lagi, suatu hari nanti!




5 ulasan:

  1. You have a heart for Sarawak & left behind very valuable memories in the hearts of your students. You will be missed.
    All the best to you in your future endeavours!!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. cikgu hailmi...rindunya kenangan tingkatan 5 2009..beka ne class 5b,..
    beka kt kl da...keje nurse..x sia-sia belajar kimia..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer.. saya pun rindukan pelajar pelajar SMK Luar Bandar SIbu, Sarawak. Ada masa nanti saya akan berkunjung ke sibu.

      Padam