.

.

KARTiKEL

Rabu, 9 Julai 2014

Kursus Pemasangan Instrumen dan Pemeriksaan Skrip Jawapan PT3 Sains Zon Sibu

Baru-baru nih saya berpeluang mengikuti kursus Pemasangan Instrumen dan juga Pemeriksaa Skrip Jawapan PT3 bagi subjek Sains untuk PPD Sibu, Selangau, Kanowit, Kapit dan Song. Semua sekolah dalam PPD di atas, dijemput bagi menghadiri kursus persediaan ini, dengan setiap sekolah menghantar 2 orang guru Sains Tingkatan 3. 

Kursus Pemasangan Instrumen dan Pemeriksaan Skrip Jawapan PT3 Sains Zon Sibu

Kursus 2 hari tersebut memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai apa yang perlu dilakukan oleh para guru bagi menghadapi peperiksaan PT3 bagi subjek Sains pada bulan Oktober nanti. Maka beberapa perkara penting seperti cara pemasangan instrumen, pemilihan soalan serta teknik memeriksa skrip jawapan ditekankan sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Kursus Pemasangan Instrumen dan Pemeriksaan Skrip Jawapan PT3 Sains Zon Sibu

Ceramah disampaikan oleh 7 orang guru Pentaksir Kawasan, antaranya adalah Cikgu Emily Wong, Madam Ling dan Mr Lo. Difahamkan juga mereka ini juga yang akan pergi ke sekolah-sekolah di seluruh Sibu bagi memverifikasi instrumen (mengesahkan soalan) yang telah dirancangkan oleh sekolah masing-masing dan juga menyelaraskan skor bagi semua sekolah tadi.

Kursus Pemasangan Instrumen dan Pemeriksaan Skrip Jawapan PT3 Sains Zon Sibu

Secara ringkasnya, soalan Sains PT3 nanti akan terdiri daripada 42 soalan daripada 3 set, dan 5 blok yang berbeza. Guru-guru yang memasang instrumen tadi, perlulah memilih gabungan soalan daripada set dan blok tadi. Set soalan yang dipilih perlulah diverifikasi terlebih dahulu oleh Pentaksir Kawasan yang terpilih. Selepas fasa tadi, maka barulah soalan tadi boleh dicetak dan diedarkan kepada pelajar untuk ujian.

Kursus Pemasangan Instrumen dan Pemeriksaan Skrip Jawapan PT3 Sains Zon Sibu

Teknik pemeriksaan skrip jawapan juga diajar kepada guru-guru. Perkongsian dan perbincangan telah menjana lebih banyak idea kepada guru mengenai kefahaman terhadap konsep peperiksaan PT3 bagi subjek Sains ini.

InshaAllah ada kesempatan, saya akan kongsikan beberapa Tips Menjawab Soalan PT3 Sains. Tunggu yer!


3 ulasan:

  1. soalan pt3 mirip macam timss dan pisa ke???? rindunya sy kt sekolah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang jugak ler..
      rindu kat sekolah yer?.
      jemput ler jadik cikgu balik.. ;)

      Padam