.

.

KARTiKEL

Sabtu, 24 Mei 2014

Bila Cikgu Sains Kena Jadi Ustaz

Di sekolah saya, sejak daripada Januari tahun ini hingga sekarang (Mei) belum ada lagi Ustaz / Ustazah untuk mengajar subjek Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Islam.

Walaupun budak-budak Islam tak ramai (40/1500) tapi saya tetap percaya mereka juga perlukan Ustaz / Ustazah yang dapat mengajar mereka dengan lebih baik, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.

Pihak sekolah dah berkali-kali hantar surat memohon kepada mereka yang berkenaan. Namun jika kita perhatikan, sehingga sekarang masih tiada tindakan yang berkesan daripada mereka yang bertanggungjawab.



Ada guru Islam lain, tapi tidak berkelayakan. Cikgu Sains macam saya, cikgu Matematik, cikgu PJK dan lain-lain.

Maka atas inisiatif guru-guru Islam di sekolah, kami ambil masa untuk bergilir masuk ke kelas agama sekiranya ada kelapangan. Ajar yang seterdaya mana dengan ilmu yang terhad. Namun confirm ler tak sebaik dengan ajaran jika ada guru yang lebih berkelayakan.

Yang lebih dirisaukan adalah nasib pelajar Islam Tingkatan 5 yang akan mengambil SPM pada hujung tahun ini. Ada 9 orang semuanya mereka.

Tercongok je dalam kelas time pelajar lain belajar subjek Pendidikan Moral.

Kesian!



Maka kami ambil inisiatif mengumpulkan sedekah dan sumbangan daripada rakan guru Islam untuk membeli 10 naskhah buku latihan ini. Tujuannya nak bagi kat budak-budak nih buat juga soalan Pendidikan Islam SPM. 



Bila Cikgu Sains Kena Jadi Ustaz : Guru Pendidikan Islam di Sarawak


Kalau tak dapat jawap, salin saja jawapan dari belakang buku. Sekurang-kurangnya ada juga dia membaca dan menulis di situ. Semoga dia ingat.

Yang kelas pandai sikit, kami suruh salin jawapan dan highlight kata kunci yang ada pada soalan dan jawapan. 



Ini ja yang terdaya kami buat untuk sementara waktu ini..

Kalau cikgu-cikgu, ustaz ustazah di luar sana yang ada lebih banyak idea untuk nak bantu para pelajar ini, boleh kongsikan di bawah ini yer. InshaAllah kami cuba usahakan lagi.. 


2 ulasan:

  1. Wah first time saya dengar sekolah tiada cikgu pendidikan islam. Lepas habis baca article cikgu memang saya betul2 terkejut. Anyway cikgu jemptlah datang singgah ke blog saya http://www.kacamataview.com/

    BalasPadam
  2. الحمدلله ... اينيله دناماكن ساتو فغوربنن

    Tahniah kepada guru-guru tersebut!!!

    BalasPadam