.

.

KARTiKEL

Sabtu, 1 Februari 2014

Kaedah Sesaran Air

Kaedah Sesaran air adalah satu kaedah yang digunakan bagi menyukat isipadu bagi sesuatu objek. Sama ada objek tersebut mempunyai bentuk yang sekata seperti guli, atau pun objek yang tidak mempunyai bentuk yang tidak sekata seperti batu.

Kaedah Sesaran Air

Objek yang diletakkan di dalam bekas akan menyesarkan (meningkatkan aras) air. Isipadu air yang disesarkan tersebut adalah sama dengan isipadu objek tersebut.

Jom kita tonton video di bawah bagi menambahkan lagi kefahaman terhadap konsep Kaedah Sesaran Air.





Terima kasih banyak-banyak kepada pelajar yang telah menolong saya menyiapkan video ini. Daniel, Patricia dan Michelle.


Kaedah Sesaran Air

Selain daripada menggunakan kaedah di atas, kaedah sesaran air ini juga boleh dijalankan dengan menggunakan Bekas Eureka.

Eureka merupakan perkataan Greek yang bermaksud 'I have found it!' Perkataan ini dipopularkan oleh saintis bernama Archimedes apabila telah membuat satu penemuan di dalam bekas mandi. 

Eureka Archimedes

Bekas mandi nya yang penuh berisi air telah tersesar keluar sebaik saja Archimedes melangkah masuk. Archimedes kemudiannya memahami bahawa isipadu air yang tersesar adalah bersamaan dengan isipadu bahagian badannya yang terendam. Ketika itu lah Archimedes menjerit perkataan 'Eureka!'

6 ulasan:

  1. tak susah nak faham bab sesar-sesar ni. hehe..

    BalasPadam
  2. entry yg sgt brguna buat pelajar sains ni..hihi

    BalasPadam
  3. video yang sangat berguna untuk semua..ikhlas dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  4. InshaAllah.. mudah2an berguna.. ;)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. cikgu , apa aplikasi kaedah sesaran air dalam kehidupan seharian ??

    BalasPadam