.

.

KARTiKEL

Ahad, 3 November 2013

Sistem SPPBS Ditutup Sementara

Dalam kebelakangan ini, memang ramai yang merungut mengenai sistem SPPBS yang seperti tak dapat nak berfungsi. Macam-macam masalah yang diadukan oleh para pengguna, seperti terlalu perlahan untuk log in dan key in serta langsung tak dapat diakses. Kadang-kadang bila dah key in pula, data yang disimpan boleh hilang. Maka banyaklah aduan akan perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan, serta troll-troll yang berlaku sepanjang seminggu dua ini.

Sistem SPPBS Ditutup Sementara

Walaubagaimanapun, atas keprihatinan terhadap perkara tersebut, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu notis dalam laman web SPPBS. Notis tersebut berbunyi seperti di bawah;

" KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai "

Notis berkenaan juga turut mengingatkan guru-guru agar menggunakan pelayar internet, Internet Explorer (IE) versi 7-9 untuk kemasukan prestasi non-akademik bagi mengelakkan isu tahap pencapaian yang tidak ditanda di SPPBS.

Bagi yang masih nak mencuba akses ke SPPBS, anda boleh lah berbuat demikian sebab SPPBS masih belum ditutup lagi. Cuma, tak dapat nak dipastikan sejauh mana, sistem tersebut dapat berfungsi dengan baik atau pun tidak. Boleh cuba jaya dan Selamat Mencuba!


2 ulasan: