.

.

KARTiKEL

Rabu, 20 November 2013

Parlimen Belia Malaysia : Jom Jadi Pemilih!

Hari nih saya nak ajak semua belia seluruh Malaysia yang banyak idea, banyak cadangan yang nak diutarakan kepada kerajaan supaya mendaftar sebagai Pemilih dalam Parlimen Belia Malaysia. Ya! Parlimen Belia Malaysia. Platform baru yang diwujudkan kepada golongan belia 15 - 40 tahun ini juga akan bertindak untuk menyuarakan isi hati dan segala idea yang berguna bagi pembangunan negara Malaysia. Menarik kan?

Parlimen Belia Malaysia : Jom Daftar Pemilih!

Bagi yang berminat, saya sangat mengesyorkan supaya anda bermohon sekarang. Lagi-lagi dengan zaman ICT yang penuh dengan segala kemudahan internet, laman sosial, blog dan macam-macam lagi, ramai yang suka menulis dan menyuarakan pendapat masing-masing. Tapi sampai bila nak biarkan tulisan dan idea anda, tidak dibaca dan didengari mana-mana pihak. Mudah-mudahan dengan platform yang disediakan ini, idea bernas anda semua wahai keyboard warriors, dapat diberi perhatian sewajarnya. 

Jom kita baca sket sejarah macammana tertubuhnya Parlimen Belia Malaysia nih.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia telah bersetuju supaya dilaksanakan Makmal Transformasi Pembangunan Belia sebagai satu usaha untuk mengenali serta memahami keperluan sebenar generasi Y di negara ini. Makmal yang dilaksanakan pada 1 November 2010 hingga 10 Disember 2010 telah menghasilkan 6 inisiatif transformasi yang dilihat wajar untuk dilaksanakan khususnya dalam menjadikan generasi Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara.

Salah satu inisiatif tersebut adalah adalah mewujudkan Parlimen Belia Malaysia. Parlimen Belia Malaysia merupakan platform bagi menyuarakan suara belia yang berbeza daripada kaedah pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN). MPBN telah diwujudkan pada tahun 1971 sebagai satu forum ala “Parlimen Belia” bagi membincangkan pendekatan, isu serta aktiviti pembangunan belia negara. 

Peranan MPBN ini amat besar dalam sejarah pembangunan belia negara khususnya dalam menentukan hala tuju dan pendekatan pembangunan belia yang perlu berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Hasil makmal mendapati bahawa MPBN amat baik dan wajar diteruskan sebagai forum terpenting bagi menyuarakan pandangan dan “suara belia” dalam pembangunan belia negara. Makmal juga mendapati bahawa MPBN telah melalui beberapa fasa perubahan yang penting dan wajar dalam menangani situasi semasa yang sentiasa berubah. 

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan MPBN sebagai platform dalam menyuarakan suara belia perlu dikaji dan diperkasakan selaras dengan usaha transformasi pembangunan belia itu sendiri. Oleh itu, kementerian melalui makmal telah melahirkan inisiatif Parlimen Belia Malaysia berasaskan jumlah persatuan belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia. Hanya 20 peratus daripada belia Malaysia terlibat dalam persatuan belia.


Tujuan Parlimen Belia
  1. Saluran bagi golongan belia menyalurkan idea dan pandangan belia
  2. Platform melahirkan kepimpinan muda
  3. Memahami sistem demokrasi pentadbiran negara
  4. Mengenalpasti trend belia semasa


Kriteria Utama Ahli PBM adalah seperti berikut:-
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur 15-40 tahun semasa memohon;
  3. Memiliki kualiti kepimpinan, penglibatan dan hubungan aktif dalam program komuniti;
  4. Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah.*perlu mendapatkan pengesahan berkelakuan baik daripada agensi atau pihak yang berkenaan jika pernah disabitkan kesalahan;
  5. Tidak muflis;
  6. Mempunyai minima 5 orang penyokong yang berumur belia (15-40 tahun) dari negeri yang ingin diwakili;
  7. Menggunakan alamat di dalam kad pengenalan

Nak memohon pun senang saja, hanya masukkan nombor kada pengenalan dan kata pengesahan. Kemudian masukkan sedikit maklumat asas berkenaan diri anda dan hantar. Kemudian satu emel akan masuk ke Inbox anda bagi menyatakan anda telah berjaya mendaftar..  Yang belum memohon, boleh mohon kat SINI

Jom kita daftar ramai-ramai!
 

5 ulasan:

  1. Teacher teacher, this is interesting. Tp tak fhm sgt.. Huhu. Mind to PM me in fb? Thanks :D

    BalasPadam
  2. kepada belia semua bolehlah memohon skrg

    BalasPadam
  3. Peluang terbaik untuk mengetengahkan suara belia...

    BalasPadam
  4. Jom join.. jangan sampai dah terlepas, baru nak menyesal.. ;)

    BalasPadam
  5. There has been misleadings about the Master Cleanse diet like, it usually is an easy entry to a hospital, people become more lethargic, the basic intake of the
    body nutrients is not met, etc. It helps you to enjoy an energetic life through holistic cleaning of the internal organs like intestine and colon. It has no side effects and is very
    good for detox process.

    Visit my web blog ... acai berry colon cleanse

    BalasPadam