KARTiKEL

Rabu, 6 November 2013

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

Logo baru KPM ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. 

Logo baru KPM

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

 
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

22 ulasan:

  1. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    BalasPadam
  2. ilmu dalam jawi dieja dengan huruf 'ع" bukan alif

    BalasPadam
  3. nama saja prof tapi bangang, jahil jawi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam cikgu salim. Jangan kutuk dulu. Maksud 'alif' bukan untuk gantian ejaan 'ilmu' dalam jawi. Alif adalah huruf pertama dalam sistem huruf jawi. Ini membawa maksud KECEMERLANGAN ilmu diperingkat rendah dan pengajian tinggi bermula dengan huruf pertama itu. Untuk lebih bersangka baik, profesor yang merekacipta logo baru tersebut tidaklah sampai terlupa bagaimana mengeja 'ilmu' menggunakan ejaan jawi. Tak baik cikgu gunakan perkataan 'bangang', tak sopan gitu.....

      Padam
  4. Tak cantik langsung... moral kerja drop..... lg suka logo yg lama

    BalasPadam
  5. boleh la tera tu, standard malaysia

    BalasPadam
  6. kalau logo macam tu , atuk aku pun boleh buat ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam logo tadika anak aku ja

      Padam
  7. komen la apa pun, aku dah dapat pulus dah

    BalasPadam
  8. profesor mana bangang ,standard tu saja buat logo

    BalasPadam
  9. terima kasih info ini..:) saya kurang setuju dengan pendapat yang melihat dulu kekurangan, kelemahan dan keburukan sebelum melihat lebih banyak kebaikan dan kelebihan. Sudah namanya pun ciptaan manusia, pasti ada kekurangan dimana-mana.Sikap kita mencerminkan cara berfikir kita.

    BalasPadam
  10. Setuju saya dengan Cik Matahariku nih..

    kalau nak tengok pada keburukan, memang banyak yang kita akan nampak.. ada saja yang tak kena.. jadi, lebih baik kita tengok positif.. inshaAllah akan nampak kebaikan dan kelebihan tu.. ;)

    BalasPadam
  11. In sha allah dgn semangat guru-guru dan segala pakar pendidikan di Malaysia, semua usaha untuk melestarikan ilmu dlm bidang pendidikan akan tercapai. Marilah kita lihat logo tu dengan cara orang berilmu juga. :)

    BalasPadam
  12. tak perlulah sampai nak ubah logo.....kalau btl nak buat transformasi sekalipon agak2la
    saya tak menentang anjakan paradigma tapi jangan melampau2....
    aper tujuan logo diubah..?????itu motif utama....?????apa masalah dengan logo lama...????

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Kenapa takrifan logo KPM macam utk sekolah agama jer... Bukan ke sekolah kat malaysia ni utk pelbagai kaum dan agama..?

    BalasPadam
  15. tukar logo sebab bumbung sekolah sekarang dah tak relevan. dan kpm dah combine dgn pengajian tinggi kan . itu je pun . :D

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. kna bg terperinci mksd logo ni..ni mcm line wireles je hehe...

    BalasPadam
  18. Apa pun komen kita rasanya tauke kedai buat banner n papan tanda tentu senyum lebar, masyuk......

    BalasPadam
  19. saya juga tak berapa nampak yang ada 2 P tu.

    BalasPadam
  20. macam tiang pagar saja

    BalasPadam