About Me

Ribut Supersel : Keindahan Yang Memusnahkan

Fenomena awan ribut dan juga ribut taufan sememangnya mengundang banyak tarikan kepada kita. Keganasan dan kemusnahan yang dibawa olehnya memang boleh menggerunkan siapa saja. Walaubagaimanapun, ada juga dalam kalangan kita yang terpesona dengan rupa dan kelibat si ribut. Dalam situasi dan keadaan yang betul, fotografi suatu bencana ini memang kelihatan sangat menakjubkan seperti yang berlaku pada Marko Korosec, 31, sang Pengejar Ribut.

Ribut Supersel : Keindahan Yang Memusnahkan

Marko Korosec sedang mengelilingi Amerika Syarikat selama 26 hari sehinggalah berkesempatan untuk merakamkan kejadian ribut taufan atau yang juga dikenali sebagai Ribut Supersel yang berlaku di Texas, Kansas dan Colorado. Dalam jarak penglihatan 1km daripada tempat kejadian, Marko menyaksikan bagaimana awan puting beliung ini meragut tumbuhan dan juga objek yang berada dalam laluannya. 

Ribut Supersel terdiri daripada menara pusaran yang dipanggil mesosiklon, yang memberikan bentuk seperti kapal angkasa kepada awan ribut tersebut. Terhasil daripada udara lembap yang panas daripada Teluk Mexico dan juga udara kering yang sejuk daripada Pergunungan Rocky dan juga Kanada, maka Ribut Supersel ini kelihatan indah, tetapi sangat memusnahkan!

Jom kita tengok 'keindahan' Ribut Supersel di bawah.

Ribut Supersel : Keindahan Yang Memusnahkan

Ribut Supersel : Keindahan Yang Memusnahkan

Ribut Supersel : Keindahan Yang Memusnahkan

Ribut Supersel : Keindahan Yang Memusnahkan

Ribut Supersel : Keindahan Yang Memusnahkan


Catat Ulasan

0 Ulasan