.

.

KARTiKEL

Sabtu, 7 September 2013

Naib Johan Pertandingan Video Antartika Lestari 2013!

Alhamdulillah sekali lagi dengan rahmat Allah, maka keputusan akhir Pertandingan Video Antartika Lestari 2013 pun keluarlah hari ni. Tanpa diduga, video penyertaan daripada sekolah kami, Aku Antartika telah berjaya mendapat Tempat Kedua!! Yeay... gembira betul saya dengan pencapaian tersebut. Tak disangka, video dengan hasil penat lelah kumpulan yang terlibat mendapat tempat di hati juri pertandingan. Terima kasih banyak!

Keputusan Pertandingan Mencipta Video Antartika Lestari 2013

Mengikut syarat pada awal pertandingan Pemenang bagi tempat Pertama sehingga Ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah semasa Majlis Perasmian 6th Malaysian International Seminar on Antarctica 2013 (MISA6 2013) pada 8 Oktober 2013 di Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin (Pengerusi YPASM)!! Tak sabaq nya nak kembali ke USM, tempat saya belajar dulu!

Haa.. ini sedikit maklumat pasal hadiah-hadiah nya

Tempat Pertama: Trofi, Wang tunai RM4500.00 dan Sijil penyertaan
​Tempat Kedua: Trofi, ​Wang tunai RM3500.00 dan Sijil penyertaan
​Tempat Ketiga: Trofi, Wang tunai RM2500.00 dan Sijil penyertaan
Sagu Hati ( 5 X): Wang Tunai RM500.00, ​hadiah sumbangan, Sijil penyertaan


Selain itu, video yang terpilih juga akan dipaparkan oleh pihak penganjur di laman perkongsian video untuk rujukan pihak dalam dan antarabangsa yang berkaitan pendidikan benua Antartika dan akan diguna pakai sebagai salah satu medium aktiviti pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar : Antartika. 


Di bawah ini, saya sediakan sedikit printscreen daripada video tersebut untuk tatapan pembaca.

Naib Johan Pertandingan Video Antartika Lestari 2013!

Naib Johan Pertandingan Video Antartika Lestari 2013!

Naib Johan Pertandingan Video Antartika Lestari 2013!

Naib Johan Pertandingan Video Antartika Lestari 2013!

Naib Johan Pertandingan Video Antartika Lestari 2013!

Buat masa sekarang, video penyertaan TIDAK DIBENARKAN lagi untuk dimuat naik ke mana-mana medium media oleh pihak penganjur. Jadi, diharapkan yang nak menonton video penyertaan sekolah kami, sila tunggu yer dengan penuh kesabaran.. ;)

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan