.

.

KARTiKEL

Rabu, 25 September 2013

Kem Kimia 2013 : Makan Kimia, Tidur Kimia

Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk sekali saya rasa dalam sepanjang tahun ini. Terpaksa menyelesaikan banyak hal dalam satu masa sekaligus. Tak perlu nak diceritakan lebih lanjut mengenai kesibukan saya, sebab saya ada kisah yang lebih menarik untuk dikongsikan dengan pembaca semua. Dalam kesibukan pada minggu lepas, masih sempat untuk saya bersama rakan-rakan Panitia Kimia yang lain bertungkus lumus di sekolah bagi mengadakan Kem Kimia 2013.


Pengenalan
Kem Kimia 2013 adalah kem akademik 3 hari 2 malam yang berlangsung di sekolah saya sejak tahun 2009 lagi. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada semua pelajar aliran Sains seramai hampir 100 orang, di mana semasa mengikuti kem ini mereka akan menggunakan masa hujung minggu dengan mempelajari subjek Kimia sahaja. 

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Guru yang terlibat pula adalah semua guru Kimia, Cikgu Mackie Juing, Cikgu Belle Mahony sebagai penyelaras, Cikgu Tang Kie Hua dan saya sendiri. Kami juga dibantu oleh 10 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Rendah yang akan membantu kerja-kerja guru. Banyak aktiviti menarik yang dirancangkan seperti senampagi, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sukaneka, Persembahan, BBQ dan explorace Kimia yang diberi nama 'Running Man'.. He3.. Musim K-Pop kan skang.. ;)


Hari Pertama (Jumaat)
Pada hari pertama, semua pelajar mendaftarkan diri masing-masing ke asrama. Daripada seramai 98 calon SPM pada tahun ini, hampir 18 orang gagal menghadirkan diri ke kem ini dengan pelbagai alasan. Agak kecewa pada mulanya, namun semangat harus diteruskan untuk tidak mensia-siakan masa yang diluangkan oleh peserta lain. 

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima


Sesi dimulakan dengan ujian pra bagi menguji pengetahuan sedia ada para peserta. Sesi yang diadakan di dewan ini terus disambung dengan acara Ice Breaking dan pembentukan kumpulan. Kumpulan dibentuk dengan mencampurkan pelajar dengan pelbagai aras kefahaman supaya boleh saling bantu membantu antara satu sama lain. 

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Sedikit aktiviti riadah juga dijalankan oleh para fasilitator bagi memeriahkan lagi suasana. Bagi memberi kelainan pada tahun ini, peserta juga diajarkan gerakan tarian tema khas untuk kem ini. Kami menggunakan lagu terbaru Katy Perry (Roar) sebagai lagu tema kem. Tarian juga diciplak daripada youtube. TQ!

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Manakala aktiviti pada sebelah malam disambung dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) selama 2 jam. 8 kumpulan yang dibentuk akan bergerak ke Stesyen masing-masing yang dijaga oleh seorang guru. Di sini, guru akan mengajar, memberi latihan dan membincangkan jawapan bagi topik fokus yang telah ditetapkan. Respon pelajar agak baik, memandangkan mereka hanya makan, minum, main dan tidur kimia sahaja!


Hari Kedua (Sabtu)
Hari kedua diteruskan lagi dengan aktiviti Senampagi pada jam 6 pagi. Aktiviti diuruskan oleh fasilitator, dengan pemantauan guru. Seronok mereka melakukan senamrobik awal pagi. Di samping dapat mengeluarkan peluh sihat, tekanan peperiksaan juga dapat dikeluarkan sekali. 

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan ucapan motivasi oleh pihak sekolah. Penolong Kanan 1, Mr Lau Ngie Tung berkongsi pengalaman hidup dengan pelajar dalam menempuh hidup yang serba kekurangan. Memang benar kata orang dulu-dulu, jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Acara seterusnya diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). 2 LDK pada waktu tengahari dan disambung dengan 3 lagi LDK pada waktu petang. 

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Pada waktu petang pula, diadakan Sukaneka. Memang meriah dengan gelak ketawa para peserta sepanjang aktiviti berjalan. Antara sukaneka yang diadakan adalah bawa bola ping pong guna spatula, tiup tepung, menyepit kacang menggunakan kayu penyepit dan yang paling melucukan adalah rambut paling hodoh. Memang sangat melucukan!!

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Sebelah malam pula dimulakan dengan LDK yang terakhir, dan kemudiannya kami bergerak ke dewan bagi Persembahan dan juga acara makan, BBQ. BBQ disediakan oleh pihak dewan, jadi sambil menikmati hidangan ayam panggang dan bihun yang menyelerakan, kami dihiburkan dengan persembahan kimia daripada para peserta.

Kebanyakkan kumpulan memang sangat kreatif dalam menghasilkan persembahan yang bertemakan kimia. Majoriti menggunakan konsep persembahan sketsa yang melucukan. Hanya ada satu kumpulan menggunakan lagu dengan mengubahsuai lirik kepada Siri Elektrokimia. Apa pun kami tetap terhibur pada malam tersebut.

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Acara tidaklah berakhir sehingga ada kejutan yang dilakukan oleh para fasilitator untuk sambutan hari jadi pelajar. Kesemua pelajar yang dilahirkan pada bulan Jun sehingga Disember, dikumpulkan dan dirai bersama. Ada yang menangis terharu kerana diberi peluang sebegitu.


Hari Terakhir (Ahad)
Bagi hari terakhir, senampagi masih dijalankan seperti biasa. Para peserta yang sudah terbiasa dengan tarian tema melakukan tarian tema tersebut dengan lebih bersemangat. Maklumlah selepas ini tak ada peluang lain lagi untuk menari sebegitu. 

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Acara pada waktu pagi diteruskan dengan aktiviti ala-ala Explorace yang dinamakan 'Running Man'. Nama 'Running Man' ini mengambil nama sempena program popular Korea bagi menarik minat dan keterujaan pelajar. Untuk stesyen saya, saya adakan 2 tugasan, iaitu menyiapkan persamaan kimia dan juga Proses Sentuh. Memang meriah kerana ada tugasan tambahan yang memerlukan peserta terkejar ke sana ke sini.

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Selesai sahaja aktiviti Running Man, kami bergerak ke dewan bagi ujian pasca. Kali ini ujian pasca ini adalah bertujuan untuk menilai semula pengetahuan peserta setelah mengikuti kem akademik ini selama 3 hari. Sudah tentu lah kami mengharapkan peserta dapat memperolehi sesuatu yang lebih bermanfaat setelah menghabiskan hujung minggu dengan kem ini.

Kem Kimia 2013 : Kem Akademik Untuk Tahun Kelima

Majlis penutupan diadakan sebaik saja semua selesai. Kumpulan yang terbaik dinilai dari segi disiplin semasa LDK, persembahan, Running Man dan kerjasama. Dan mestilah tak lengkap jika tidak disusuli dengan sesi fotografi buat kenangan semua peserta.


Harapan
Sebaik berakhirnya kem kimia ini, saya dan rakan-rakan guru yang lain, amat mengharapkan agar pelajar dapat berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan menghadapi SPM nanti. Semoga yang terbaik menanti bagi mereka yang sentiasa berusaha!! Chaiyok

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan