About Me

Kenyataan Akhbar KPM : Isu Pertukaran Guru Melibatkan Duit Kepada Orang Tengah

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERHUBUNG ISU BERKAITAN DAKWAAN PERTUKARAN GURU MENGGUNAKAN PEMBAYARAN MELALUI ORANG TENGAH

Kenyataan Akhbar KPM : Isu Pertukaran Guru Melibatkan Duit Kepada Orang Tengah
  1. Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti dakwaan berkaitan isu guru membuat pembayaran melalui orang tengah untuk tujuan pertukaran seperti yang disiarkan dalam Akhbar The Malay Mail bertarikh 9 September 2013.
  1. KPM juga ingin memaklumkan bahawa prosedur pertukaran guru adalah berdasarkan kriteria utama yang telah ditetapkan seperti berikut;
2.1 Keperluan perkhidmatan.
2.2 Kekosongan jawatan di negeri yang dipohon; dan
2.3 Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon.

  1. Walau bagaimanapun, pihak KPM amat menyedari terdapat juga isu-isu lain yang perlu diberi pertimbangan dalam menentukan kelulusan pertukaran seseorang guru termasuk faktor kesihatan yang kronik dan ancaman keselamatan terhadap guru berkenaan.
  1. Pihak KPM juga amat memandang serius terhadap dakwaan yang mengatakan ada guru yang ingin bertukar menggunakan orang tengah dengan syarat pembayaran sejumlah wang bagi maksud pertukaran tersebut. Dalam hal ini Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji secara terperinci dakwaan tersebut.
  1. Dalam hal ini juga, KPM telah mengambil beberapa langkah tambahan secara lebih telus dan terbuka di mana guru yang tidak berpuas hati termasuk yang ingin merayu terhadap permohonan mereka boleh datang berbincang secara bersemuka dengan pegawai-pegawai yang terlibat termasuk dengan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.
 
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
12 September 2013

 Sumber

Catat Ulasan

0 Ulasan