Berita Tergempar! Dimaklumkan oleh beberapa kenalan pelajar dan guru-guru dari negeri lain yang turut sama menyertai Pertandingan Mencipta Video Liga Remaja Kreatif 2013, bahawa sesi penyampaian hadiah bagi peringkat Zon dan Negeri sudah mula dijalankan. 10 video terbaik bagi setiap zon atau negeri akan dijemput ke majlis tersebut, dan pemenang akan diumumkan di sana. 7 video akan memperoleh Saguhati, dan 3 video dengan Hadiah Utama. 

Info Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 Peringkat Zon / Negeri

Dengan penyertaan sehingga mencecah 3 000 video, maka saya sangat yakin, persaingan pada tahun ini adalah sangat hebat dan sengit!! Hanya yang TERBAEK akan menjuarai pada akhirnya. Surat juga sudah mula dihantar ke sekolah masing-masing oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jika dapat, bersedialah anda untuk ke majlis tersebut! Jika tak dapat, besar kemungkinan, anda perlu cuba lagi pada tahun akan datang..

Jom kita tengok info bagi majlis penyampaian hadiah liga remaja kreatif 2013 bagi peringkat zon / negeri


19 September 2013
ZON UTARA
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
Majlis diadakan di Hotel Traders, Pulau Pinang


23 September 2013
ZON TIMUR
Kelantan, Terengganu, Pahang
Majlis diadakan di Hotel Zenith, Kuantan


26 September 2013
ZON SARAWAK
Sarawak
Majlis diadakan di Hotel Hilton, Kuching


30 September 2013
ZON SELATAN
Johor, Melaka
Majlis diadakan di Thirstle Johor Bahru Hotel, Johor


3 Oktober 2013

ZON SABAH
Sabah
Tiada maklumat untuk tempat


17 Oktober 2013
ZON TENGAH
WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan
Majlis diadakan di SKMM, Cyberjaya


Bagi zon Sabah, dan Zon Tengah, masih tiada maklumat lengkap yang diperolehi buat masa sekarang. Tapi berkemungkinan besar juga akan diadakan dalam masa yang terdekat. Jadi berharaplah agar ada surat jemputan dari SKMM tiba ke sekolah anda! Semoga berjaya!