About Me

Apa Itu Sekolah Dalam Hospital?

Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah mengusahakan konsep di mana sekolah dibawa ke wad kanak-kanak di hospital bagi membolehkan pesakit kanak-kanak belajar seperti rakan seusia mereka yang lain. Ini bermakna hak mereka untuk belajar tidak terabai dan kelas pelajaran dalam hospital ini dijalankan secara percuma. Beberapa buah hospital kerajaan di negara ini menyediakan ruang khas menempatkan kelas untuk pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah bagi pesakit pediatrik. 

Apa Itu Sekolah Dalam Hospital?

Pesakit muda ini perlulah disahkan boleh hadir kelas oleh doktor yang memberi rawatan dan SDH diuruskan kurikulumnya oleh guru-guru berpengalaman daripada Kementerian Pelajaran. Guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) diselia oleh seorang Guru Penyelia. Guru-guru Kementerian Pelajaran boleh memohon untuk menjadi guru SDH di bawah Bahagian Pendidikan Khas kementerian ini. Antara mata pelajaran yang diajar di kelas SDH ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelas dijalankan pada waktu pagi dan petang iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan kelas petang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. 


"Pesakit yang berusia muda lebih ramai di sini, jadi keperluan untuk menghadiri sekolah rendah lebih besar berbanding sekolah menengah. 

"Walaupun begitu, jumlah yang hadir ke kelas setiap hari tidak tetap dan tidak semua yang hadir setiap hari. Juga bergantung pada tahap kesihatan mereka," tambah beliau.
 
Program perintis SDH dilancarkan pada Julai 2011 di tiga buah hospital kerajaan iaitu di HKL selain Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Ia adalah hasil dari cetusan buah fikiran Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. SDH diwujudkan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia seiring dengan saranan UNESCO yang menitikberatkan ‘pelajaran untuk semua.’ 

Apa Itu Sekolah Dalam Hospital?

Sehingga kini terdapat lapan SDH di Malaysia. Selain tiga buah SDH yang dibuka semasa projek ini dilancarkan hampir dua tahun lepas, lima buah lagi dibuka di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur dan yang terbaru Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Projek yang turut diberi nama projek Hati Nurani ini menitikberatkan persekitaran yang kondusif serta bantuan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajarnya. Guru-guru di SDH memainkan peranan sebagai pemudahcara dan kaedah yang mereka gunakan untuk mengajar di dalam kelas lebih fleksibel serta berlandaskan kaedah didik hibur. Ini kerana pelajar mereka terdiri daripada kanak-kanak yang tidak sihat dan ada juga yang telah berada di hospital berbulan-bulan sehingga bertahun lamanya kerana penyakit kronik. 

Daripada respon yang diterima, ibu bapa pelajar yang menghadiri kelas di SDH rata-rata puas hati kerana sekurang-kurangnya anak mereka yang tidak dapat hadir di sekolah masih boleh dibimbing guru-guru mahir yang berkhidmat di SDH. Buku teks disediakan seperti mana di sekolah harian dan pelajar boleh membawa buku latihan sendiri untuk membuat kerja rumah setakat yang mereka mampu. 

Untuk pesakit muda yang minat membaca, SDH menyediakan rak-rak yang dipenuhi

buku cerita untuk mereka pilih di sudut perpustakaan. Guru-guru yang berminat untuk ditugaskan di sekolah dalam hospital akan dihantar untuk menghadiri kursus sebelum mereka dihantar ke SDH masing-masing. Dan kursus tambahan susulan turut dijalankan setiap tahun untuk guru-guru ini. 

"Sebagai guru, keperluan emosi pesakit yang menjadi pelajar di SDH perlu ditangani dengan baik. 

"Pesakit muda ini pula terdiri daripada berlainan usia. Maka cara yang digunakan turut berbeza, mengikut keadaan kesihatan dan pendedahan mereka sebelum ini," jelas seorang guru SDH yang sudah dua tahun mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. 

Sebelum tahun 2011, beberapa buah hospital memang dikatakan menyedia kelas

pembelajaran di hospital tetapi ketika itu ia dijalankan oleh beberapa NGO dan kelas yang dijalankan kurang teratur berbanding sekarang. 

"Kelas di SDH kini berstruktur dan formal mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Akta Pendidikan 1996. 

"Tempat kelas diberikan oleh pihak hospital di bawah Kementerian Kesihatan manakala peralatan dan hal-hal tajaan SDH diusahakan oleh Yayasan Nurul Yaqeen; NGO yang menjadi rakan kerjasama," jelas guru itu. 

SDH di negara ini semakin mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak yang perlukan rawatan hospital. Perancangan kerajaan membuka SDH di tiga buah hospital lagi di seluruh negara tahun ini termasuk Sabah dan Sarawak disambut baik masyarakat umum dengan harapan positif.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Berminta nak ke sekolah dalam hospital bila nak posting nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. tahniah!.. dunia kita perlukan orang yang macam Aqim nih.. ;)

      Padam
  2. cikgu boleh bagi saya rujukan dari luar negara tak..saya nk tgk kurikulum diorg tuk SDH ni

    BalasPadam
  3. cikgu boleh bagi saya rujukan dari luar negara tak..saya nk tgk kurikulum diorg tuk SDH ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini dari laman web UNC Health Care
      http://www.unchealthcare.org/site/healthpatientcare/patient/other/hospital_school.html

      Ini dari laman web Children's Hospital School Leicester
      http://www.childrenshospitalschool.leicester.sch.uk/

      Semoga membantu! ;)

      Padam
  4. assalam cikgu, ada x no/ email utk dihubungi mereka yang terlibat dlm konsep Sekolah Dalam Hospital ini? Contohnya spt cikgu, penganjur. Harap dapat membantu. Terima Kasih.

    BalasPadam
  5. Salam Ummi Salamah..
    saya tak ada emel atau no fon mereka yang terlibat nih. Untuk makluman lanjut saya rasa lebih baik saudari hubungi terus sekolah dan hospital yang dah menjalankan benda ni, macam Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur dan yang terbaru Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar..

    BalasPadam
  6. klau cikgu yg baru posting tp berminat xbley ke nk mohon...syarat masih xlengkap tok mohon ..tp berminat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bru postinfmg xbole..sbb syarbya min 3thn ngaja

      Padam
  7. kat perak belum ada lagi ye...mcm berminat je

    BalasPadam
  8. dari mklumat yg ada, tiada SDH bg yg first posting...

    BalasPadam
  9. Guru SDH rasanya min 5thn pngalmn krja, rekod A smpai Z mesti bersih, lepas saringan interview, oleh krn guru yg mohon adlh dr sekolah maka sokongan, pelepasan tukar& pnerimaan oleh unit P.Khas KPM mesti ada..saringan mmg ada& terbaik utk SDH..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh.. terima kasih cikgu untuk perkongsian..
      info tak banyak sangat pasal SDH nih.. ;)

      Padam
  10. Assalam cikgu hilmi... sy guru bimb & kauns dg44 blh ke nk mohon jwtan guru di sek dlm hospital ni? Di kelantan ada kekosongan x?

    BalasPadam
  11. Assalam cikgu hilmi... sy guru bimb & kauns dg44 blh ke nk mohon jwtan guru di sek dlm hospital ni? Di kelantan ada kekosongan x?

    BalasPadam
  12. Bagaimana nak memohon? Saya try mohon melalui eg tukar. Tp kpm habaq saya tak cukup kriteria.

    BalasPadam