.

.

KARTiKEL

Khamis, 1 Ogos 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Tetap Dilancarkan September Ini!

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tetap akan dilancarkan 6 September ini meskipun dibantah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Timbalan Perdana Menteri berkata, pelan 13 tahun itu dirumus tanpa ada niat terselindung mahupun niat jahat termasuk menghapuskan sekolah dan bahasa Mandarin. 

Dong Zong dicabar buktikan jika ada usaha hapus bahasa, sekolah Cina

Dong Zong dicabar buktikan jika ada usaha hapus bahasa, sekolah Cina 
“Saya nak cabar mereka (Dong Zong) supaya baca setiap inci ayat yang ada dalam pelan ini... ada tak satu perkataan pun yang kata kerajaan nak menghapuskan bahasa dan sekolah Cina?... mana ada.

“Kita tidak tahu macam mana ia terus menghantui mereka (Dong Zong)... pelan itu dibuat hanya kerana usaha kerajaan nak meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah kebangsaan... salah ke?



Tak berasa tergugat

“Saya nak beritahu di sini, kita akan terus laksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tanpa rasa tergugat, terganggu atau takut sedikit pun,” katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama golongan asnaf di Surau Saadiah, Bakri, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Pengarah Urusan UDA Holding Bhd, Ahmad Abu Bakar. Muhyiddin berkata, pelan pembangunan itu dirumus bagi melonjakkan kualiti sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama.

“Kita nak semua Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk Orang Asli masuk ke sekolah kebangsaan bukan saja demi perpaduan kaum malah bagi mendapatkan pendidikan berkualiti. “Oleh itu, jangan jadikan pelan ini isu politik dan menentangnya,” katanya.





p/s: Kesian diorang! Takut dengan bayang-bayang sendiri!... ;)



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan