.

.

KARTiKEL

Ahad, 11 Ogos 2013

Bagaimana Umur Binatang Ditentukan?

Boleh dikatakan pada hampir setiap tahun, ada saja binatang tertua yang ditemui oleh para saintis. Hampir sedekad lalu, seekor tiram bernama Ming dikatakan berusia 405 tahun merupakan binatang paling tua di dunia. Kemudian ada beberapa lagi dakwaan mengenai binatang tertua, hinggakan kura-kura Galapagos yang sebelum ini disahkan sebagai tertua dengan usia 100 tahun, langsung tak dapat nak lawan dengan usia binatang-binatang yang baru ditemui sekarang. Persoalannya, bagaimanakah saintis menentukan umur binatang atau haiwan ini?.

Bagaimana Nak Menentukan Umur Binatang?


Bagi menentukan umur binatang, adalah tidak susah jika binatang tersebut didokumentasikan dengan betul seperti kura-kura Galapagos tadi. Tetapi untuk menentukan usia binatang yang hidup liar di hutan, sudah tentu merupakan cabaran hebat buat para saintis. 

Ahli zoologi menggunakan x-ray bagi melihat keadaan tulang tertentu pada rangka binatang. Dalam sesetengah keadaan tulang rangka amat memainkan peranan penting dalam memberi usia kepada binatang. Tisu sampel juga membantu dalam menentukan umur binatang. 

Tapi ini berbeza bagi setiap binatang dengan binatang yang lain.

Sebagai contohnya, kebanyakan haiwan mamalia terutamanya jenis primat boleh ditentukan usianya dengan melihat struktur gigi. Kulit juga memainkan peranan dalam membantu menentukan umur haiwan. Sebagai contohnya, Orang Utan yang tua akan lebih berkedut berbanding Orang Utan yang muda. 

Berlainan pula bagi jenis kucing. Dengan usia yang semakin meningkat, bulu kucing akan menjadi semakin kering, rapuh dan juga semakin pudar. Ini juga termasuk dengan spesies kucing besar seperti harimau dan singa. 

Bagi jenis ikan pula, hanya ada satu cara untuk menentukan umur ikan, iaitu dengan melihat kepada 2 tulang kecil dalam telinga ikan yang disebut sebagai otolith. Menjadi masalah, apabila tulang otolith tersebut hanya boleh diperolehi dengan cara membedah kepala ikan. Bermakna juga, bagi mendapatkan tulang tersebut, ikan terpaksa dikorbankan.


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan