.

.

KARTiKEL

Selasa, 30 Julai 2013

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian
Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.

1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman. 


Penyedut udara tekanan udara

2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari. 


Picagari tekanan udara

3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder. 


Pam semburan tekanan udara

4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon. 


Sifon tekanan udara

5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.


Paip tersumbat tekanan udara

6. Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

Tin dengan dua lubang tekanan udara

14 ulasan:

  1. Suka sangat belajar bab "pressure".

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Kalau straw ditebuk satu pada bhgn atas dan satu lagi pada bhgn bwh
      Mana yg masih boleh diminum????

      Padam
  3. nak copy boleh?




    BalasPadam
  4. cikgu, edit cikgu punya header boleh ? menghalang tulisan yang kat atas tu lhaa . hee sorry :D

    BalasPadam
  5. TQ Naili atas cadangan.. cuba gunakan MOzilla Firefox.. rasanya tak ada masalah kot.. ;)

    BalasPadam
  6. assalamualaiQom .. cikgu nak tnya .. bagaimana vakum itu dapat membersihkan lantai daripada habuk ?

    BalasPadam
  7. Kalau straw ditebuk pada bhgn atas dan satu lagi pada bhgn bwh
    Mana satu yg masih boleh diminum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang boleh diminum adalah yang ditebuk lubang pada bahagian bawah.
      Yang ditebuk pada bahagian atas, tak dapat nak digunakan sebab tekanan di luar adalah sama dengan tekanan di dalam straw. Jadi air tak dapat nak naik.

      Padam
  8. pencangkuk getah tercabut dri dinding apabila menggantung gmbr yg lebih berat . apakah ubahsuaian untuk pencangkuk getah itu melekap lebih kuat pda dinding ? please answer

    BalasPadam
  9. Kenapa kalau straw ditebuk lubang ( lubang straw tu ditebuk di atas permuakaan air) , air tidak dapat disedut? sbb apabila sedut tekanan dalam straw dgn tekanan atmosfera sama ke??

    BalasPadam
  10. Salam , cikgu. Yang paip tersumbat tu , kat mana tekanan rendah n tekanan tinggi??

    BalasPadam