About Me

Sofbol Sarawak Buru Pingat di SUKMA XVI

Persatuan Sofbol Sarawak (SSA) telah berjaya menghasilkan ramai pemain muda berbakat untuk menaikkan prestasi sukan sofbol di negeri ini. Presidennya, Ishak Abdullah berkata, sejak ditubuhkan pada 2010 persatuan itu berjaya mengasah bakat-bakat golongan muda yang kemudiannya mewakili Sarawak pada kejohanan peringkat kebangsaan.

 “Antara objektif utama penubuhan persatuan ialah membangunkan sukan sofbol khasnya di kalangan generasi muda. Usaha kita telah membuahkan hasil di mana ramai atlet muda terpilih mewakili Sarawak,” katanya di sini semalam.
 
Sofbol Sarawak Buru Pingat di SUKMA XVI

Pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini, seramai 34 pemain masing-masing 17 lelaki dan wanita berusia 13 hingga 21 tahun terpilih menyarung jersi pasukan sofbol junior Sarawak. Seramai 22 orang daripada mereka adalah dari Miri, sembilan dari Kuching, dua dari Baram dan seorang dari Marudi yang telah menjalani latihan lebih seminggu di sini.

Mereka dilatih oleh jurulatih MSNS, Manuel Damolo Bacarisas Jr dan dibantu oleh tiga jurulatih tempatan iaitu Aaron Abel Donald Lingan, Muhammad Syahmi Tan dan Robiah Madli. Turut membantu ialah Lo Suan Yian (penganalisis teknikal), Cynthia Beatrice Manggie dan Carole Lim Kwan Kwan (scorer). Pengurus pasukan lelaki ialah Ishak Abdullah, sementara pengurus pasukan wanita ialah Vincent Chin. 

Pasukan lelaki terdiri daripada Jonathan Yaw, Fabian Francis, Bryan Munan Stanley, Stanley Langgie, Thaddeus Anthony, Rudy Muhd Fairul, Haris Mohd Zainuddin, Muhammad Kautsar, Eby Sidiq, Leslie Gunting, Muhd Zahhar, Awangku Nazirul, Watson Payrie, Reduan Saferi, Muhd Muizzuddin, Calvin Brandon Tini dan Mohd Azrul Morshidi.

Sementara pasukan junior wanita dianggotai oleh Andrea Tera Bill, Chan Kim Fong, Haifa Chin Ishak, Shirley Christopher, Andrea Mujan, Karen Lee, Priscilla Usun, Maria Ping Suok, Nor Fathin Maslim, Nur Aisyah, Nurul Nathasa, Zurfa’ain Za’abaie, Rowena Lucy Bilung, Audry Desmond, Sheila Shalin, Nadia Chin Ishak dan Cassandra Chin.

Penyelia Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sukan Sofbol, Harifen Mansor berkata, beliau yakin semua pemain mampu beraksi dengan baik dalam semangat berpasukan dan melakukan yang terbaik bagi memperolehi kemenangan untuk meraih pingat.

“Elakkan diri daripada mengalami kecederaan pada saat-saat akhir. Kita tidak mahu pemain-pemain hanya duduk di padang,” kata Harifen.

Sementara penasihat persatuan, Andy Chia turut meminta pemain-pemain terpilih memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan dengan berusaha bersungguh- sungguh memburu kemenangan pada temasya SUKMA XVI nanti.

“Saya letakkan diri anda dalam tekanan. Jangan panik kerana ini akan menyebabkan anda melakukan kesalahan. Anda perlu tenang dan berdisiplin untuk membolehkan melakukan yang terbaik, “ kata Andy. Pasukan Sofbol Sarawak akan bersaing pada SUKMA ke-16 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula pada 26 Jun hingga 3 Julai depan.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tq..............................akhirnya saya dpt juga penerangan tntg b6 ni<>..............tq, c'gu..........

    BalasPadam